Viral

“Siapa yang berkokok tu..Jangan masuk campur urusan kerja saya” Tidak berdiam diri ini Ayat padu Mas ldayu

PENYANYI Mas Idayu menyelar tindakan segelintir selebriti tempatan mengkritik cara penjuriannya menerusi program realiti Famili Duo yang dikatakan kasar agar berhenti daripada terus ‘berkokok’.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, turut mempersoalkan mengapa selepas 16 tahun dia bergelar juri profesional baru ada di antara mereka menyalak caranya memberikan komen tegas terhadap peserta.

“Siapa yang berkokok tu? Mereka memang tak kenal Mummy (panggilan Mas) ke selama 38 tahun dalam industri dan 16 tahun kerja sebagai juri? kenapa baru sekarang mereka nak berkokok?

“Saya tak peduli dengan kata-kata mereka kerana saya hanya melakukan kerja saya. Saya mohon, jangan masuk campur urusan kerja penjurian saya. “Kalau ada yang kata saya menjatuhkan maruah peserta, terserah mereka. Itu mungkin tanggapan mereka sahaja kerana saya tahu cara saya menegur adalah kerana sayang dan bukan bersifat peribadi,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Mas menjelaskan dia hanya menjalankan tugas dengan memberikan komen ikhlas terhadap persembahan Sissy Imann dan Naim Daniel yang menjadi perdebatan ramai sejak beberapa hari ini.

Tambah penyanyi lagu Cintaku 100% itu, sebelum menandatangani kontrak program berkenaan, dia tidak diberi sebarang amaran oleh pihak produksi untuk tidak memberikan komen pedas kepada peserta.

Jelasnya, ini bermakna pihak TV3 sendiri suka dengan karakternya dan tidak pernah melarang dia bersikap tegas ketika memberi penjurian. “Saya hanya menjadi diri sendiri dan sebelum menandatangani kontrak pun, pihak produksi tidak memberi sebarang syarat cakap jangan terlalu marah, jangan terlalu kasar.

Saya tidak peduli dengan kata-kata mereka kerana saya hanya melakukan kerja saya. Saya mohon, jangan masuk campur urusan kerja penjurian saya. MAS IDAYU PENYANYI.

“Dalam mana-mana program stesen TV pun saya tidak pernah diberi amaran. Ini bermakna mereka suka dengan karakter saya. Betul tak? Bila kita tidak ditegur maksudnya karakter itu memang diperlukan,” ujarnya.

Sementara itu, Mas berharap agar Sissy dan Naim mengambil positif dengan kritikan yang diberikan kerana niatnya hanya untuk menjadikan mereka lebih baik. “Kepada Sissy dan Iman, awak kenal Mummy,kan? Saya marah sebab saya sayang. Saya tahu mereka berdua memang berbakat besar.

“Cuma silapnya pada minggu tersebut mereka membuat persembahan di luar kemampuan mereka. Peserta lain patut cemburu kerana saya marah Sissy dan Naim bermakna saya peduli tentang mereka,” jelasnya.

Terdahulu, Mas memberi kritikan hebat kepada persembahan Sissy dan Naim menerusi lagu Jampi nyanyian Hael Hussaini kerana menganggap nyanyian mereka sangat kasar dan tidak sedap.

Susulan daripada itu, beberapa selebriti tampil membuat kenyataan memberi pendapat bahawa sebagai juri, Mas tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana boleh menjatuhkan maruah orang lain di televisyen.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page INI BARU VIRAL Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *