Viral

[ VIDEO] Hidup Bermadu Tak Selalu Indah.. Shikin Maembong Kongsi Kisah Jadi Isteri Kedua

Shikin Maembong yang juga kakak kepada pelakon drama terkenal iaitu Emma Maembong mendedahkan realiti sebenar sepanjang dirinya bergelar isteri kedua.

Berkongsi perkahwinan bukan satu kelebihan

Menerusi perkongsian di TikTok, Shikin mendedahkan bahawa kehidupan bermadu tidak seindah seperti yang diperkata oleh orang ramai dan katanya berkongsi suami bukan satu kelebihan buat dirinya.

Bukan itu saja, dia juga mengakui bahawa hampir semua perkara terpaksa dilakukan sendiri tanpa suami di sisi termasuklah menunaikan solat tanpa imam.

“Siapa suruh jadi isteri nombor dua? Kan dah kena merayap pusat beli belah seorang diri. Sambut hari lahir pun sambut sendiri di rumah. Tiada hadiah, tiada apa-apa.”

Kemana-mana dengan maid, adik-beradik

Malah, Shikin turut memberitahu bahawa masanya juga banyak dihabiskan bersama dengan anak dan juga pembantu rumah saja sebagai peneman ke mana-mana.

Ujarnya lagi, kebanyakan percutian keluarga juga hanya ditemani oleh adik-beradik kerana suami jarang pulang ke rumah walaupun madunya tiada masalah berkongsi kasih dengan dirinya.

Sakit pun memandu kereta sendiri pergi hospital. Bercuti dengan anak dan adik-beradik je mampu. Walaupun madu terima, tetap kena mengalah suami tak balik rumah.

Sekadar info, Shikin bergelar isteri kedua kepada individu yang tidak didedahkan identitinya selepas bercerai dengan Chef Riz pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Putri Arianna Natasya.

Video

 

Sumber: TikTok, Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page INI BARU VIRAL Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *