Viral

Akhirnya Semuanya Terjawab Sebab Sebenar Syamsul Yusoff Menikahi Ira Kazar,Ini Kata Kata Syamsul Yusof

Syamsul Yusof, Puteri Sarah, Ira Kazar masih menjadi bualan hangat.

Memetik Harian Metro, berikut adalah temubual eksklusif bersama pengarah tersebut.

Apa yang mendorong Syamsul untuk berkahwin lagi sebenarnya?

Saya tidak mahu sekadar menjawab bahawa ia adalah jodoh kerana saya tahu itu jawapan klise. Malah jika saya katakan saya mampu beristeri dua juga akan jadi klise.

Jika saya katakan saya jatuh cinta dengan Ira juga barang kali tidak akan memadai. Kalau saya katakan ini takdir, pasti ada yang tidak puas hati.

Apa saja yang saya katakan untuk menjawab soalan ini pasti menimbulkan lebih banyak kata-kata dan fitnah. Saya berserah, tetapi yang penting saya bersyukur kerana sudah sah bernikah dan itulah yang seelok-eloknya.

Kenapa tidak bernikah saja di Malaysia dan mulakan dengan meminta kebenaran isteri pertama, Puteri Sarah Liyana?

Memang boleh bernikah di Malaysia, lebih-lebih lagi wali saya adalah bapa kandung Ira sendiri.

Bagaimanapun, proses kita tidak semudah itu dan untuk meyakinkan isteri pertama juga tidak semudah yang kita semua sangka.

Saya sedar ada yang terluka dengan keputusan ini, tetapi saya juga yakin bahawa akan tiba masanya nanti mereka akan menerimanya.

Buat masa ini, tak mengapalah saya dihentam, dikritik dan dibenci, tetapi biarlah saya yang tanggung semua ini. Saya harap sangat janganlah isteri-isteri saya yang jadi sasaran untuk dicerca atau menjadi bahan tohmahan. Biar saya sendiri yang terima semuanya.

Saya juga ada dua anak menerusi perkahwinan pertama iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Saya pinta ‘bantailah’ saya sebanyak mana pun, tetapi saya sentiasa akan berusaha untuk mempertahankan anak-anak saya juga.

Sejak Jumaat lalu, setiap kali saya melihat di media-media sosial yang menghentam saya, fikiran saya terus kepada anak-anak, ibu bapa dan dua isteri saya.

Saya memang tidak mahu sesiapa terluka. Saya juga faham memang mereka tidak akan mudah terubat dan saya hanya mampu berdoa agar masa menjadi ubat kepada segala-galanya.

Syamsul sudah berdepan dengan bapa, Datuk Yusof Haslam ibu, Datin Patimah Ismail?

Seperti yang kerap saya katakan dalam hantaran-hantaran video saya, ini adalah soal peribadi dan soal keluarga.

Saya sudah menonton video tangisan ayah dan saya sudah membaca komen-komen mama menerusi media sosial. Saya tidak pernah berniat untuk membelakangkan ayah dan mama.

Saya sedar keputusan saya ini tidak mudah mereka terima. Namun, seperti saya kata tadi ia adalah mengenai masa. Saya berdoa agar masa mengubat kami semua.

Saya akan mencuba sedaya-upaya untuk memujuk semula hati ayah dan mama. Saya tahu ia bukan mudah. Insya-Allah saya tidak akan pernah berhenti mencuba. Doakan.

Apa langkah Syamsul untuk berdamai dengan isteri pertama?

Saya akan berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Puteri Sarah.

Saya tahu kini dia masih marah. Malah barangkali seluruh keluarga saya marah dengan saya.

Berilah saya masa untuk mendamaikan semuanya satu-persatu.

Saya perlu letakkan keutamaan segera. Paling penting ialah anak-anak kerana mereka adalah nyawa saya.

Terus terang, saya tidak ada jawapan yang boleh buat semua orang gembira ketika ini. Saya hanya boleh katakan bahawa hanya masa yang boleh mengubat semua kelukaan itu.

Nampaknya bukan hanya keluarga Syamsul dan Puteri Sarah yang mempertikaikan keputusan Syamsul ini, tetapi netizen termasuk mereka yang meminati kerja Syamsul juga mengkritik hebat tindakan Syamsul ini?

Saya tahu dan saya sedar dengan pelbagai kata-kata yang dilemparkan kepada saya. Saya pinta satu saja. Segala amarah itu tujukan kepada saya saja. Kalau nak salahkan, salahkanlah saya. Kalau nak dibenci, bencilah saya. Janganlah dikatakan apa-apa yang tak manis terhadap isteri-isteri saya, Puteri Sarah dan Ira Kazar.

Jangan dikata apa-apa yang tidak manis terhadap mama dan ayah saya.

Janganlah kaitkan anak-anak saya dalam perkara ini. Mereka sudah makin dewasa dan mereka juga tahu membaca.

Luluh hati saya kalau mereka membaca apa yang saya baca mengenai diri saya ketika ini.

Kepada semua yang mengkritik saya, percayalah saya akan mencuba sedaya-upaya untuk menjaga semua hati yang ada dekat dengan saya ketika ini.

Ada masanya saya gagal kerana saya juga manusia biasa. Walaupun ada kalanya saya terjatuh, saya berusaha untuk bangun semula.

Syamsul akan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta. Kenapa sampai ke situ?

Saya akan teruskan saman saya terhadap Jawi. Peguam saya juga sudah menghantar surat saman kepada Jawi dan semuanya sedang di dalam proses.

Saman saya itu memang sesuatu yang serius dan saya tekankan hingga sekarang. Ini kerana Jawi ternyata tidak profesional.

Mereka melakukan soal siasat terhadap Ira kira-kira dua bulan lalu iaitu ketika kami belum bernikah.

Saya tidak akan dedahkan apa yang ada dalam kertas siasatan itu kerana ia menyalahi undang-undang. Namun, Jawi sendiri mendedahkan kertas siasatan itu sehingga dibaca oleh ibu saya.

Jawi sudah melanggar undang-undang dan ia tak sepatutnya berlaku hingga menyebabkan keluarga saya berantakan ketika itu.

Bukankah Jawi harus memelihara agama Islam, menjaga aib satu keluarga Islam? Macam mana ini boleh berlaku? Hanya di mahkamah nanti kita akan selesaikan perkara ini.

Ramai yang tidak tahu apakah isu sebenar di antara saya dengan Jawi. Semuanya akan diselesaikan di mahkamah nanti.

Selain itu, apa yang Syamsul fikirkan untuk hari ini? Berbulan madu?

Sekarang ini ada lebih 100 orang di bawah saya sedang bekerja dalam penggambaran filem terbaru saya, The Original Gangster. Ya, itulah ‘honeymoon’ (bulan madu) saya sekarang.

Saya harus segera bekerja dan menyiapkan filem ini. Saya akan terus fokus kerana The Original Gangster adalah filem saya yang paling besar setakat ini. Ia lebih besar dari Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan dan semua filem Gangster lain yang pernah saya arahkan sebelum ini.

Saya tak sabar untuk kembali ke set penggambaran.

Akhir kata, apa Syamsul mahu sampaikan kepada sesiapa saja?

Yang paling penting ialah mama saya. Mama, restu mama adalah paling penting dalam hidup Syamsul ini. Biarlah terbang sampai ke bulan sekalipun ia tidak ada makna tanpa restu mama. Kalau restu itu harus Syamsul tunggu, maka akan Syamsul tunggu sampai bila-bila.

Ayah, tangisan ayah di TV bukan mudah untuk Syamsul tonton. Terima kasih ayah kerana seolah-olah masih ada perasaan yang ayah barangkali memahami dan merestui. Namun itu bukan bermakna Syamsul puas hati begitu saja kerana Syamsul akan berusaha untuk mendapat restu ayah satu hari nanti. Insya-Allah.

Kepada isteri pertama, Puteri Sarah, saya tahu awak terluka tetapi percayalah saya sebagai suami akan cuba yang terbaik. We can work this out.

Puteri Sarah adalah seorang ibu yang luar biasa untuk anak-anak dan itu memang tidak boleh dipertikaikan. Kita akan berbincang sesama kita nanti secara tertutup, bukan menerusi hantaran-hantaran di media sosial.

Saya tahu ini bukan perkara mudah dan bukan perkara kecil tetapi saya mahu mencuba. Berilah peluang untuk saya mencuba.

Kepada isteri kedua Ira, saya faham barangkali Ira mahukan perkahwinan yang lebih lancar dan tidak perlu ke Thailand agaknya, tetapi Alhamdullilah kerana Ira memahami keadaan suami.

Bersabarlah dengan segala-gala ujian yang dilalui sekarang ini. Hormatilah ibu bapa serta ibu dan bapa mentua walau dengan pelbagai ujian mendatang.

Kepada bapa dan ibu mentua saya yang baru, saya harap mereka juga tabah. Saya tahu bukan mudah untuk mereka melepaskan puteri mereka untuk saya nikahi, lebih-lebih lagi sebagai isteri kedua. Namun, saya bersyukur kerana mereka memahami.

Kepada Syaikhul dan Sumayyah. Barangkali anda masih kecil tetapi doa andalah yang paling penting buat seorang ayah nanti. Fahami itu betul-betul. Nanti kita akan berjumpa dan ayah bawa berjalan-jalan. Insya-Allah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page INI BARU VIRAL Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *