Viral

“Dont Disturb Me, I’m Happily Married,” Ira Kazar Buka Akaun IG Baharu, UpIoad Gambar Suami Dengan Ayat Sweet

Sebelum ini, Instagram Ira Kazar lesap, mungkin sudah dinyah aktifkan sejurus selepas kontroversi pengakuan Syamsul Yusof yang sudah berkahwin dengan dirinya.

Baru-baru ini katanya Ira dah membuka akaun Instagram baharu menggunakan nama Irakazarofficial.

Menerusi Instagram tersebut, Ira menulis bio ‘Dont Disturb me’. ‘Im Happily Married’.Difahamkan dia juga dilihat memuat naik gambar suaminya, Syamsul beserta kapsyen ‘sweet’.

Ira juga meminta ‘haters’ supaya jangan mengambil ketenangan hidupnya.

Tambah Ira, ketenangan itu hak milik mutlak peribadi.

Syamsul dan Kazar juga dilihat mengikuti akaun tersebut.

Tak pasti adakah benar Ira atau akaun palasu sahaja

Yusof Haslam Tak Mahu Ambil Tahu Hal Kazar

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata tiada keperluan untuk dia bersemuka dengan besannya, Kazar Saisi berhubung pernikahan anak mereka, Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

Memetik BH Online, Yusof berkata beliau enggan masuk campur serta tiada apa yang perlu dibincangkan.

“Tiada apa yang perlu dibincang… Nasi sudah jadi bubur. Saya tak mahu ambil tahu hal Kazar. Lagipun, kami memang tidak rapat. Kalau jumpa di luar, setakat tegur begitu sahaja.

“Selama ini, iaitu sejak empat dan lima tahun lalu apabila isu ini timbul, saya tidak pernah tanya pun kepadanya. Tidak manis rasanya kerana ini membabitkan dua pihak iaitu anak dia dan anak saya,” katanya.

Ditanya mengenai reaksinya jika Kazar ingin bertemu keluarganya, pengarah itu enggan mengulas mengenai isu tersebut apatah lagi isterinya, Datin Patimah terluka dengan apa yang berlaku.

“Saya tidak boleh hendak komen kerana ini membabitkan isteri saya. Saya tahu, dia sudah cukup terluka dengan apa yang berlaku.

“Rasanya, cukuplah kenyataan yang keluar dari mulut saya. Walau apapun yang terjadi, Syamsul tetap anak saya. Sebagai ayah, saya mendoakan yang terbaik untuknya,” katanya.

Sumber : lawakmalaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page INI BARU VIRAL Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *