Viral

“1 tahun Suami Block wssp, Bertahun Tak jumpa sebab Takut belah Marah..” Tak Sampai 24 jam kahwin Puteri Sarah buat Live dedah perkara sebenar berlaku..

Kuala Lumpur: Produser terkenal, Datuk Yusof Haslam mendakwa hanya tahu anaknya, Syamsul Yusof sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini, selepas dimaklumkan seorang rakan.

Yusof mendakwa tidak tahu menahu mengenai pernikahan Syamsul dengan isteri keduanya itu, namun yakin anaknya sudah cukup dewasa untuk menentukan baik dan buruk sesuatu perkara.

Bagaimanapun, Yusof kesal dengan tindakan Syamsul yang menyembunyikan perkara itu terlalu lama serta tidak berterus terang daripada awal tercetusnya kemelut rumah tangga denyan menantunya, Puteri Sarah Liyana.

“Sebagai bapa, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantu saya, Sarah.

“Cuma, saya sedikit kesal kenapa dia simpan rahsia itu terlalu lama sampai empat tahun? Kenapa tidak berterus terang dari awal kepada isterinya?


“Jadi, tidaklah dia menyeksa hati dan perasaan Sarah serta melukakan hati banyak orang.

“Saya tidak boleh cakap apa lagi kerana benda (pernikahan) pun sudah berlaku. Bagi saya, jika dia berterus terang lebih awal, masalah dapat diselesaikan dengan cepat.

“Tidaklah berpanjangan diperkatakan masyarakat, sehinggakan Sarah menjadi mangsa kutukan apabila dikatakan cuba membuka aib suami,” katanya.

Walau apapun berlaku, Yusof berkata, sebagai bapa, dia tidak pernah berdendam terhadap anaknya, malah, sebesar zarah sekali pun dia tidak akan membenci atau memboikot Syamsul.

“Saya perlu terima kerana ini soal qada dan qadar dari Allah. Cuma, saya berharap Sarah tabah dalam menghadapi ujian ini.

“Bagi saya, Sarah ada hak untuk buat apa yang dirasakan betul kerana sebagai isteri, dia yang menanggung perit getir itu.

“Namun, saya ingin berpesan kepada Syamsul agar dia tidak lupa tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anaknya.

“Seandainya terjadi sesuatu kepada rumah tangga dia dan Sarah, saya mohon dia tetap jalankan tanggungjawab memberi nafkah,” katanya.

Video :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page INI BARU VIRAL Ya.

Terima Kasih Banyak!

 

 

“Ingat tu Puteri Sarah.. Saya masih Suami Awak..” Baru Sahaja “Kahwin Baru ” Syamsul minta Puteri Sarah balik rumah berbincang..

 

Kuala Lumpur : Pengarah popular, Syamsul Yusof, 39, akhirnya mengesahkan dia sudah bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar, hari ini.

Syamsul berkongsi berita itu menerusi video di Instagram, hari ini.

 

(Penjelasan Ada di video)

Syamsul berkata, pernikahan itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

 

“Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan,” katanya menerusi video itu.

 

Difahamkan, Syamsul kini berada di Thailand.

Syamsul turut menjelaskan Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah.

Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira, Kazar Saisi.
Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira, Kazar Saisi.
“Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

“Apa saja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya.

Syamsul berkata, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya.

Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga, Saya harap doa yang baik-baik dari ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.

“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati, dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki dan niat jahat.

“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” katanya.

Antara komen Netizen..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page INI BARU VIRAL Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *