Viral

Anak Tunggal Dah 6 Tahun, Tak Sangka Isteri Berubah Selepas 7 Tahun Nikahi Fahrin Ahmad

Isteri pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, Elena Hani Eleas, 43, menyifatkan suaminya itu sebagai seorang bapa yang tegas meski dilihat suka berjenaka dan mengusik orang sekeliling. Menurut Elena, sebagai bapa kepada anak mereka, Khalifa Fahrel yang kini berusia 7 tahun, Fahrin tidak pernah menunjukkan sisi garang kecuali tegas pada kebanyakan waktu yang perlu.

“Sama sahaja kalau dia berada di luar atau di rumah, Fahrin memang suka mengusik dan kuat menyakat saya dan anak termasuklah keluarga kami yang lain.“Dia garang dengan anak tetapi bukan jenis marah-marah anak. Saya bersyukur kerana sejak berkahwin sehinggalah sekarang, Fahrin seorang bapa yang sangat proaktif dalam urusan rumah tangga, menjaga kebajikan saya dan anak.

“Selamat hari bapa dan terima kasih kerana menjaga saya dan Fahrel. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati keluarga kita dengan kebahagiaan selama-lamanya,”katanya.Elena berkata demikian ketika membuat kejutan kepada Fahrin menerusi panggilan telefon secara langsung yang dirancang bersama pasukan program Wanita Hari Ini (WHI) semalam.

Sementara itu, Fahrin mengaku apa yang dinyatakan oleh isterinya itu benar dan dia sememangnya seorang yang tegas dengan Fahrel demi memberikan yang terbaik buat anaknya itu.“Saya tak marah-marah, tetapi ada waktu kena bertegas dengan anak. Ini demi memastikan Fahrel mendapat didikan yang terbaik sebab dia pun sedang membesar dan belajar.

“Sebagai bapa, tentunya saya cuba mencuba mencari cara terbaik untuk mendidik Fahrel,”katanya. Fahrin mendirikan rumah tangga dengan Elena tujuh tahun lalu pada tanggal 9 Mei 2015 dan dikurniakan Fahrel pada 29 September 2016.Uniknya, cahaya mata tunggal mereka ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibunya, Elena.

PERUBAHAN imej isteri yang kini menutup aurat dan berhijab

sejak awal tahun lalu membuatkan pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad benar-benar bersyukur dan gembira. Fahrin, 42, berkata, dia tidak pernah memaksa isterinya Elena Eleas melakukan perkara itu, sebaliknya selalu berpesan bahawa perkara itu merupakan satu tanggungjawab yang wajib untuk setiap wanita Islam.

Pelakon drama Dear Cinta ini juga mendoakan pasangannya itu terus istiqamah dengan keputusan tersebut. “Saya tak pernah memaksa atau kata apa-apa, sebab saya nak benda itu datang daripada hati dia sendiri. Sebelum isteri berhijrah lagi saya dah pernah berpesan kepadanya, memakai hijab merupakan satu tanggungjawab.

“Tak boleh nak pakai sebab nak ikut orang atau hanya sekadar mencuba, kena bersedia untuk berubah dari segi penampilan dan pembawakan diri apabila sudah berhijab.”Memang terkejut sebab saya dapat tahu isteri berhijab sewaktu dia upload gambar di media sosial waktu hari pertama memakai tudung. Jauh dalam sudut hati saya mengucapkan rasa syukur dan berdoa agar isteri istiqomah, Alhamdulillah…semuanya berlaku naturally,” katanya kepada mStar.

Fahrin mendirikan rumah tangga bersama Elena Hani Eleas, 41, pada 9 Mei 2015 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalifa Fahrel yang kini berusia lima tahun.Dalam perkembangan seni, Fahrin menganggap tidak menjadi masalah pemilihan pelakon dilakukan berdasarkan jumlah pengikut di media sosial.Bagaimanapun Fahrin berkata, bakat individu berkenaan perlu diasah terlebih dahulu supaya tidak menjejaskan kualiti karya sebuah produksi.

“Kalau nak bandingkan zaman saya dahulu sebelum ada media sosial ini, kita lebih memandang kepada bakat yang ada pada seseorang untuk diketengahkan. Fahrin berpendapat bahawa memiliki jumlah pengikut di media sosial yang tinggi dan paras rupa merupakan satu kelebihan.”Pada pendapat saya mungkin ada juga sesetengah pihak mengambil pendekatan ini sebagai satu jalan pintas untuk menjadikan hasil karya mereka mendapat tontonan yang lebih tinggi.

“Tetapi jika jumlah follower digunakan sebagai penanda aras untuk menjadi seorang pelakon, nanti orang akan persoalkan pula mutu lakonan. Paras rupa dan jumlah followers merupakan satu kelebihan, tetapi mereka juga perlu diberikan latihan untuk menggilap bakat,” ujarnya.Dalam perkembangan lain, Fahrin bakal keluar dengan drama berjudul Khilaf Asmara terbitan Radius One yang bakal menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Nelydia Senrose dan Fattah Amin.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page INI BARU VIRAL Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *