Uncategorized

“Saya Tak nak buka aib isteri .”Ditanya Sudah Kahwin lagi.. Akhirnya Syamsul Yusuf tampil buat pengakuan ini..

Kuala Lumpur: “Insya-Allah, saya akan beri titik noktah kepada semua permasalahan ini,” demikian kata pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof yang akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung kemelut rumah tangganya yang hangat diperkatakan ketika ini.

Terbaharu, penjelasan itu dibuat Syamsul, 38, menerusi perkongsian video di Instagram (IG), beberapa jam lalu sebelum lembaran tahun 2023 dibuka sebagai jawapannya pada kemelut rumah tangga yang berlaku disebabkan kehadiran ‘orang ketiga’.

Syamsul Bersama Isteri Dan Anak

Malah, katanya, sebagai anak dia juga sangat menyayangi dan menghormati kedua ibu bapanya.

Pengarah filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan berkata dilahirkan dalam keluarga seni dan bergelar selebriti, dia sedar bahawa dirinya sering menjadi perhatian, termasuk membabitkan kisah peribadi.

“Hal perkahwinan adalah perkara sangat peribadi. Hal dalam kain, tidak manis untuk dikongsi kepada khalayak ramai.

“Namun, selepas setengah tahun hal rumah tangga kami dikongsi Puteri Sarah dalam media sosial, media cetak dan elektronik, jadi saya rasa sudah sampai masa untuk menjelaskan segala-galanya,” katanya.

Difahamkan Syamsul berhadapan kemelut rumah tangga dengan Puteri Sarah atas dakwaan kehadiran ‘orang ketiga’ dikenali Ira Kazar yang dikatakan mengganggu rumah tangga mereka.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Baru-baru ini juga, Syamsul dilaporkan mahu memfailkan saman RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana menyebarkan kenyataan tidak benar dan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Sumber : Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page INI BARU VIRAL Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *