Viral

Dapat tahu kec4man pasal dress anakketerlaluan, ini reaksi slumber Kak KM

Baru-baru ini, anak-anak perempuan kepada usahawan sensasi Kak KM mengundang kecaman netizen kerana menggayakan gaun putih sehingga menampakkan lurah mereka.

Menurut laporan mStar Online, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata, penampilan ketika sambutan ulang tahun perkahwinannya ke-20 tahun itu tidak keterlaluan seperti disangka orang ramai.

“Waktu kahwin dulu-dulu dah pakai kebaya jadi sekarang bila sambut anniversary rasa macam nak pakai dress pula.

“Bagi saya pakaian yang anak pakai hari itu biasa sahaja sebab memang jenis dress. Cuma waktu itu kak KM pakai rantai jadi boleh tutup bahagian dada, tetapi anak pula tak pakai.

“Suka hati mereka nak cakap apa. Kalau Nabila dan Rania pakai elok pun orang tetap bercakap,” kata anak kepada dramatis Normah Damanhuri itu.

 

Walau bagaimanapun, dia tidak melatah sebaliknya menganggap isu dibangkitkan itu secara tidak langsung dapat membantu melariskan lagi perniagaan yang diusahakan.

“Terima kasih kepada netizen sebab viral lagi. Bagi Kak KM itu mungkin satu marketing sebab Kak KM memang suka viral.

“Sebab kalau tiada netizen yang bercakap fasal Kak KM, saya tak akan berada sampai tahap ini,” ujar ibu kepada empat cahaya mata itu.

Terdahulu, usahawan tersebut memuat naik beberapa video memaparkan sekitar sambutan ‘anniversary’ sehingga menerima pelbagai reaksi terutama membabitkan penampilan mereka.

Untuk rekod, Kak KM mendirikan rumah tangga dengan Razman Ramli dan dikurniakan Nabila, 19; Fariz, 15; Rania 12; dan Cinta Carissa yang kini berusia setahun

kredit:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page INI BARU VIRAL Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *