Viral

“Jgn memandai2..” Akhirnya Nad Zainal buka mulut isi ubat kurus

Pelakon Nad Zainal akhirnya tampil untuk pertama kali selepas sebulan dimasukkan ke wad ICU akibat pendarahan dalam paru-paru. Menerusi Live di TikTok, Nad Zainal meluahkan rasa kesal dengan dakwaan yang mengatakan penyakitnya dialaminya itu berpunca daripada makanan tambahan yang dipromosikan olehnya sebelum ini.

Tegasnya, perkara berkenaan adalah tidak benar dan sekali gus membuatkan dirinya berasa bersalah dengan pemilik makanan tambahan terbabit.

Saya sedih apabila timbul isu kata penyakit paru-paru berdarah ni disebabkan makanan tambahan viral yang saya ambil. Itu tidak betul sama sekali. Apa yang berlaku sedikit sebanyak membuatkan saya rasa bersalah dengan pemilik produk tu.

Saya nak jelaskan sakit saya tak ada kena mengena dengan makanan tambahan itu. Selagi saya tak buka mulut jangan memandai.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 32 tahun ini turut mengambil kesempatan untuk menjelaskan spekulasi yang kononnya dia sakit disebabkan cvldl9 serta menghidap penyakit buah pinggang. Malah, dia tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang terjadi kepada dirinya itu.

Semua itu tidak benar. Saya hanya mengalami masalah paru-paru berdarah.

Alhamdulillah berkat doa korang saya masih di sini. Tapi yang headline, spekulasi yang kata meninggal tu bagi saya amat-amat lah tak patut.
Syukur rakan rajin buat tabung.

Bercerita mengenai kutipan derma, Nad meluahkan rasa bersyukur kerana tidak menyangka rakan-rakannya rajin untuk membuat tabung sumbangan untuk dirinya.

Pasal kutipan derma tu, Alhamdulillah sangat banyak saya tak sangka kawan saya rajin buat tabung tu. Effort dorang MasyaAllah.
Dalam pada itu, Nad memaklumkan bahawa nafasnya masih pendek dan tidak boleh bercakap banyak kerana paru-paru masih belum sembuh sepenuhnya.

Doktor kata jangan terlalu push sangat walaupum saya ni degil. Saya masih dalam proses penyembuhan. Saya masih lagi mengambil ubat-ubatan yang banyak setiap hari saya kena telan 11 biji ubat.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page INI BARU VIRAL Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *