Viral

Kecoh muka mereka sama, Shuib cari lelaki ini. Tak sangka sekali tuan punya badan itu masuk komen

Bukan tentang wanita yang sering menjadi persoalan ramai, pelawak juga usahawan sensasi, Shuib Sepahtu kali menuai perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto seorang lelaki yang lengkap berpakaian seragam dalam Instagram miliknya.

Mendakwa wajah lelaki terbabit mirip dengannya, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad meluahkan hasrat berhajat untuk berjumpa dengan individu itu.

Ya, macam sama tetapi bukan, salah, salah. Ada yang kenal ke abang ini? tolong tag dia, teringin nak jumpa,” tulis Shuib.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 100,000 tanda suka, sekali gus dibanjiri pelbagai komen netizen, termasuklah rakan-rakan artis.

“Tuan! awak diam-diam sudah sertai Malbatt ye,” komen pelakon Hairul Azreen.

“Akhirnya kantoi juga Eib. Aku sudah kata jangan ambil gambar waktu kau dalam pakaian seragam, kan orang sudah dapat cam,” tulis pelawak Ajak Shiro.

“Jangan kerut sangat Tuan Shuib. Tabik!,” ujar penyampai radio Falyq Hikyle dalam ruangan komen.

Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang menyangka individu tersebut ialah Shuib yang sedang menjalani penggambaran filem kerana wajahnya terlalu serupa.

“Ingatkan Shuib berlakon cerita askar, muka sama,” tulis seorang pengikutnya.

“Memang sebiji, mati-mati aku ingat Shuib berlakon filem ke apa,” komen seorang pengguna Instagram.

“Memang Shuib kan? Mesti tengah berlakon cerita ala-ala Paskal, jangan menipu kami tau, nanti beritahu bila tarikh filem yang akan ditayangkan,” respon pengguna yang lainnya.

LELAKI MIRIP SHUIB MASUK KOMEN

Siapa sangka lelaki yang Shuib cari kerana wajah sama telah perasan posting tersebut dan telah masuk komen dalam posting Facebook Shuib Sepahtu

Bulan lalu, media melaporkan seramai 854 anggota terdiri daripada 84 pegawai dan 770 anggota lain-lain pangkat (LLP) kumpulan pertama MALBATT 850-10 ke Lebanon membawa misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL).

Terdahulu, bertebaran khabar hangat bahawa Shuib sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama wanita yang dikenali sebagai Watie.

Tampil menjawab spekulasi itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan wanita berkenaan yang juga merupakan seorang usahawan.

Tidak menolak jika bertemu jodoh dengan wanita itu, Shuib memohon agar peminat mendoakan urusan tersebut dipermudahkan jika diizinkan oleh Allah SWT.

Shuib semakin terbuka bercerita soal teman hidup baharu.

“Kalau saya bergambar dengan mana-mana wanita, ada sahaja diperkatakan. Jika ia seperti yang diperkatakan maka itulah sebenarnya. Apa boleh saya cakap sekarang ini sedang berkawan.

“Kalau dia boleh menjadi jodoh saya, apa salahnya? Doakanlah saya,” katanya kepada mStar.

Pada Selasa, tular gambar Shuib makan malam bersama anak-anak di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah pantulan di cermin memperlihatkan sosok tubuh seorang wanita sedang merakam gambar Shuib dan anak-anaknya.

Usahawan itu dipercayai bernama Watie Hanifiah iaitu merupakan wanita sama yang pernah heboh diperkatakan sebelum ini.

Sementara itu, Shuib berkata dia kini lebih mengutamakan anak-anak dalam mencari teman hidup baharu.

Kalau dia boleh menjadi jodoh saya, apa salahnya? Doakanlah saya

“Sekarang ini saya lebih fikirkan kepentingan anak-anak. Sebagai bapa saya tahu apa yang kurang. Mereka perlukan kasih sayang dan sentuhan seorang wanita. Kalau orang ini yang boleh berikan perkara tersebut, tidak salah untuk saya cuba berkawan.

“Takut nak bercakap panjang soal jodoh, jadi saya serahkan kepada ketentuan Allah. Tetapi saya juga perlu berusaha ke arah itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shuib juga berharap netizen tidak terlalu cepat membuat kesimpulan atau mudah menjatuhkan hukum apabila timbul cerita dia berkawan rapat dengan mana-mana wanita.

Shuib mahukan wanita yang terbaik untuk menjaga anak-anak.

Bapa kepada empat orang cahaya mata ini juga meluahkan rasa kecewa disebabkan tanggapan sesetengah pihak yang seakan-akan lebih mengetahui mengenai jodohnya.

“Saya tahu mungkin ramai yang ambil berat tentang saya. Berikanlah saya ruang untuk menyusun dan melalui fasa ini. Harap semua tidak terlalu cepat mengkritik. Pastinya saya akan ambil kira semua aspek sebelum buat keputusan untuk kembali berkahwin.

“Apabila ada yang terlalu cepat menilai dan jatuh hukum, ia membuatkan rasa terasa hati. Saya pun tak tahu apa yang orang mahukan,” ujarnya.

Sumber: kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page INI BARU VIRAL Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *