Viral

Chombi tiba-tiba pengs4n sebelum buat persembahan, Apak tampil ceritakan apa yg terjadi

PENGUNJUNG Karnival Jom Santai yang diadakan di Aeon Mall Taiping, Perak gempar apabila penyanyi Chombi tiba-tiba pengsan sebelum membuat persembahan pada kejadian malam Sabtu.

Harry Khalifah yang juga bapa kepada Chombi memberitahu anaknya itu dikej4rkan ke hospital akibat mengalami mas4lah tekanan darah rendah selain baharu sahaja pulih daripada demam.

“Beberapa langkah nak naik pentas, Chombi tumbang… sebenarnya Chombi baru lepas baik demam selain sedang datang bulan ditambah pula kehadiran orang ramai serta lighting yang panas membuatkan dia tak selesa.

Chombi setelah dapat rawatan selepas pengsan.

 

“Sebelum pengs4n dia dah kata nampak macam gelap, tahu-tahu dia pengs4n. Doktor yang merawat memberitahu dia mengalami tekanan darah rendah,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Harry bersyukur apabila Chombi atau Siti Maryam Ahamad Sairi, 15, dibantu seorang jururawat yang kebetulan berada di acara itu sebelum di bawa ke hospital berhampiran.

“Nasib baik ada jururawat masa itu, dia terus bertindak cepat. Dia yang bawa kami ke hospital berdekatan,” katanya.

Berkongsi keadaan Chombi, Harry memaklumkan akan membawanya mendapatkan rawatan di hospital sekali lagi ekoran anaknya itu mengadu sakit dada dan mengalami masalah semput.

Chombi ketika dikejarkan ke hospital.

“Ini saya nak bawa Chombi ke klinik lagi sebab dia kata dia macam semput dan sakit dada, sedangkan kami tidak pernah ada yang semput. Chombi ini kalau demam memang sangat manja,” ujarnya.

Meninjau ke akaun Instagram Chombi pula, penyanyi muda berkenaan memohon maaf kepada peminatnya di Taiping berikutan tidak dapat membuat persembahan di sana.

“Alhamdulillah saya okay sikit. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan saya dan saya minta maaf pada orang-orang Taiping sebab tak dapat nak teruskan Insya Allah panjang umur kita jumpa lagi doakan saya sihat seperti biasa,” tulisnya.

Harry Khalifah Tak Halang Anak Nak Kahwin Awal

Dalam perkembangan ,lainAnak gadisnya Harry Khalifah penyanyi Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam kini dikenali ramai selepas lagu single Sayunk I Love You menjadi siualan ramai serta tular di media sosial.

Memetik Harian Metro, Chombi berkata dia tidak menyangka lagu tersebut mendapat sambutan yang baik. Gadis berusia 15 tahun itu berkata lagi, dia belum yakin lagi untuk melakukan persembahan sendirian di atas pentas.

“Saya masih baru sebagai penyanyi dan perlukan masa untuk memupuk keyakinan diri. Saya sebenarnya belum cukup yakin untuk melakukan persembahan pentas bersendirian tanpa ditemani ayah.

“Buat masa ini, saya hanya boleh menyanyi jika ayah pun ada di pentas yang sama,” katanya.

Menurut Chombi lagi, melihatkan sambutan luar biasa diterima sekaligus menjadi pemangkin semangat untuknya berusaha menjadi penyanyi lebih baik.

Sementara itu, Harru berkata menjaga keselamatan Chombi apatah lagi ramai lelaki mula mendekati anak gadisnya itu serta mahu berkenalan. Bagaimanapun, Harry berkata dia tiada masalah jika ada yang mahu berkawan dengan anaknya.

“Sejak dari single pertama, Rindu Rindu dulu, memang ramai dah lelaki yang nak berkenalan dengan Chombi. Malah, ada penyanyi datang jumpa saya beritahu minat dengannya (Chombi), sampai tak boleh nyanyi kalau ada dia.

“Chombi masih bawah umur lagi. Jadi, kalau sekadar nak berkawan biasa saja, saya tiada masalah. Tapi, jika nak serius sampai mahu melamar dia, masih belum sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, Harry berkata dia tidak cerewet dalam menentukan siapa yang boleh dan layak berkawan dengan anaknya, malah tidak kisah jika anaknya itu mahu berkahwin awal.

“Saya, bukanlah ayah yang cerewet. Kalau dia (Chombi) nak berkahwin awal sekali pun nanti, saya tak akan halang dan tiada syarat apa pun. Yang penting, orangnya baik dan boleh pimpin dia,” katanya.

KREDIT: MSTAR

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page INI BARU VIRAL Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *