Viral

Petanda Akhir Zaman, Ini kata2 PU Amin buat Siti Afifah

Nampak gayanya penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah ‘kebal’ dengan netizen biarpun tidak henti menerima kecaman selepas satu persatu kontroversi timbul.

Terbaharu, Siti Afifah mengupas mengenai pengambilan ubat tahan sakit yang didakwa haram. Dakwa Siti Afifah, amalan dan doa seseorang itu tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya sesuatu benda haram masuk ke dalam tubuh badan mereka.

Bukan sahaja pengguna media sosial keliru mendengar, bahkan Pencetus Umah (PU) Amin juga pening kepala selepas menonton video yang berdurasi dua minit empat saat itu.

Menerusi video di TikTok, Amin menasihati Siti Afifah untuk tidak berkongsi maklumat yang mengelirukan sehingga boleh menimbulkan perbalahan dalam kalangan umat Islam.

Selain itu, Amin, 32, mengingatkan Siti Afifah untuk menjaga gelaran dan imej guru agama bagi mengelakkan dipandang rendah.

Kongsikan maklumat dengan fakta yang tepat. Takut nama ustaz dan ustazah itu tercemar. Hari ini kita nak pulihkan imej agama kita. Hari ini kita nak tegakkan shia agama kita. Jangan jadi orang yang boleh menyebabkan agama ini terbantut.
Dalam pada itu, pemilik nama Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim menyatakan perbuatan Siti Afifah menunjukkan petanda dunia sudah akhir zaman.

Tolong kawal diri, tolong jaga peribadi. Pelihara diri kita daripada bercakap bukan-bukan dan perihal yang tidak tahu. Ini juga antara petanda-petanda akhir zaman di mana kita nak cakap semua benda sehinggakan agama tercemar.

Macam mana pula makan ubat tahan sakit boleh masuk api neraka?Lepas itu amalan pula tak diterima 40 hari? Habis itu, amalan hari ke 41 dan seterusnya macam mana pula?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin)

Tolong sangat kalau nak jadi orang yang mempengaruhi, tolong jangan buat perkara boleh mengelirukan. Buat perkara yang boleh jadi perbalahan. Petanda akhir zaman.

Sumber : ohbulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

 

 

Ustazah Siti Afifah bkal Ambil Tindakan Undang2 terhadap Berita Tv dan netlzen yang flt4h beliau tntang ‘ubat’

Kecoh di media sosial dengan kecaman dari netizen terhadap Ustazah Afifah isu mengenai makan ubat tahan sakit boleh masuk ner4ka.

 

Lantaran daripada itu, Ustazah Afifah tidak berdiam diri dan telah memuatnaik satu posting di facebooknya @sunnahtidakpernahberbohong2 untuk mengambil tindakan terhadap individu yang telah memfitnahnya. “Tunggu Tindakan Mahkamah”.

 

Mengikut posting yang dikongsikan di laman facebooknya, ustazah mengatakan bahawa dia tidak akan berdiri dengan apa yang dilakukan oleh pihak media yang dikatakan sengaja memberi tajuk yang telah menimbulkan fitnah terhadap pernyataannya.

Menurutnya, dia akan mengambil tindakan Mahkamah terhadap individu-individu tersebut.

 

Kali ni ustazah tak akan diam dengan sengaja beri tajuk untuk lakukan media media mereka lain yang disampaikan lain yang difitnahnya …dan tunggu tindakan mahkamah.

 

Dia turut memberi amaran kepada pihak lain yang telah memberi komen-komen yang berunsurkan fitnah.

 

begitu juga yang lain ….komen komen unsur fitnah ..tak kenal mengaku kenal …buat liputan sendiri …begitu juga berita TV al hijrah ,pen mufti dll.….individu individu lain.

 

Ustazah menegaskan sekiranya permohonan maaf tidak dilakukan dan pihak tersebut tidak membetulkan balik dengan perkara sebenar, dia tidak teragak-agak untuk bertindak mengikut undang-undang.

 

sekiranya tiada permohonan maaf dan betulkan balik -ustazah akan bertindak ikut undang undang
Apa-apapun, pihak Murai MY berharap agar perselisihan ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidak menimbulkan apa-apa isu lagi selepas ini.

Sumber : murai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *