Viral

“Saya tidak akan..”- Akhirnya Sultan Abdullah Telah Buat Keputusan Ini Demi Rakyat & Negara

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat supaya bersabar dalam kemelut politik yang berlaku dalam negara ketika ini.Baginda bertitah, kerajaan sementara (caretaker) ketika ini masih berjalan seperti biasa.

 

“Harap semua bersabar dan bertenang. Saya tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan.

 

“Semua boleh rujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh istana negara,” katanya ringkas.Baginda bertitah demikian ketika berkenan bertemu dan menyampaikan bungkusan makanan kepada pengamal media yang berkumpul di hadapan pintu Istana Negara, di sini, jam 1.37 petang tadi.

 

 

Baginda meluangkan masa kira-kira lima minit untuk beramah mesra dengan pengamal media.Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan proses bagi ketua parti politik dan gabungan parti politik mengemukakan gabungan parti bagi pembentukan kerajaan baharu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ditangguhkan sehingga jam 2 petang, esok.

 

Katanya, ia susulan permohonan daripada ketua parti politik dan gabungan parti politik yang diterima pihak Istana Negara, hari ini.

 

Istana tunda proses kemuka nama calon PM hingga esok

 Proses bagi ketua parti politik dan gabungan parti politik mengemukakan gabungan parti bagi pembentukan kerajaan baharu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ditangguhkan sehingga jam 2 petang, esok.Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ia susulan permohonan daripada ketua parti politik dan gabungan parti politik yang diterima pihak Istana Negara, hari ini.

 

“Justeru itu, baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai.

 

“Baginda turut mengingatkan bahawa pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri Sementara atau ‘Caretaker Prime Minister’ berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi Kerajaan Sementara (Caretaker Government),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Baginda menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan negara.

 

“Rakyat juga diseru Baginda untuk bersama mendoakan semoga Malaysia dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” katanya.

 

Semalam, Ahmad Fadil dilaporkan berkata, gabungan parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti susulan gabungan parti politik untuk menjadi calon Perdana Menteri.

 

 

katanya, Istana Negara sudah menerima keputusan rasmi PRU-15 daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 1.15 tengah hari, semalam.

 

Menurutnya, dokumen yang dikemukakan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh jelas menyatakan bahawa tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

 

Terdahulu, media melaporkan Parlimen Malaysia boleh disifatkan kini berada dalam keadaan tergantung atau ‘Hung Parliament’ selepas SPR mengumumkan tiada parti memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada 219 kerusi dipertandingkan pada PRU-15, semalam.

 

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dipetik berkata, setakat jam 4.30 pagi, semalam, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) 73 kerusi, Barisan Nasional (BN) 30, Gabungan parti Sarawak (GPS) 22, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) enam kerusi, Parti Warisan (tiga), Bebas (dua) dan Parti Bangsa Malaysia (satu).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *