Viral

“Saya ni bernafas pun orang bercakap,” kerap buat muka sombong bila juri komen, ini resp0n Shila Amzah

Penyanyi, Shila Amzah menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya kerap menunjuk reaksi wajah ‘sombong’ ketika menerima komen-komen negatif daripada para juri Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).

Menurut Shila, isu seperti ini dilihat seperti sengaja dibangkitkan bagi menanam kebencian terhadap dirinya.

“Apa yang boleh saya katakan, orang-orang di Twitter ini ada sahaja perkara yang mereka ingin bangkitkan. Seandainya mereka berani untuk bercakap sebegitu secara bersemuka, saya sangat seronok untuk mendengarnya.

“Saya ini kalau bernafas pun orang akan bercakap. Tak tahulah. Mereka seperti tidak suka kepada saya tapi mengapa, saya okay sahaja,” katanya kepada MH.

 

Penyanyi lagu Memori Tercipta itu berkata sedemikian ketika ditemui usai konsert separuh GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad.

Tambah Shila lagi, pendengarannya sewaktu di atas pentas juga agak terbatas disebabkan ‘ear monitor’ yang dipakainya.

“Bayangkan bila kita selesai membuat persembahan, sudah tentu kita penat. Saya ini sejenis bila sedang fokus, wajah saya akan berkerut. Itu wajah fokus saya. Pernah ke saya buat ‘rolling eyes’ semasa merima komen juri? Rasanya tak pernah.

“Ketika penjurian, saya masih lagi memakai ear monitor. Suara juri tidak kedengaran di situ. Saya tak sempat nak buka pun. Saya kena fokus betul-betul untuk mendengarnya ketika di atas pentas,” ujarnya lagi.

Bercakap mengenai soal kehadiran bapanya yang juga merupakan penyanyi, ND Lala bersama ibunya malam tadi, Shila memberitahu, dia sangat gembira bila orang yang paling disayanginya itu menonton persembahannya.

“Kehadiran kedua ibu bapa saya ini juga merupakan satu kejutan buat anda semua. Kita memang dah ramcang sebegitu. Bapa saya selalu sibuk bila hujung minggu.

“Saya sangat gembira untuk melihat bapa saya di sini malam ini. Dia memang sudah berjanji akan datang pada konsert separuh akhir dan final,” jelasnya lagi.

Semalam, Shila telah membawakan lagu Sang Dewi dendangan asal Titi DJ. Manakala pusingan duet pula, Shila telah bergandingan bersama penyanyi, Jaclyn Victor menerusi lagu Sampai Bila (Misha Omar).

Dua persembahan memukau itu memboleh Shila berada ditempatkan kedua dengan markah 79.20% seterusnya berjaya mara ke konsert akhir Ahad ini.

Jaclyn Victor unggul ditempat pertama dengan meraih markah tertinggi 84.30%.

Selain Jaclyn dan Shila, empat lagi peserta turut berjaya mara ke konsert akhir iaitu Bob Yusof, Tomok, Hazrul Nizam dan VE.

Sumber: MH

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *