Politics Semasa Viral

Pusat Pengiraan Undi Gombak Tiba2 ‘Blackout’, Netizen Mula Curiga… TNB Sahkan Punca Rosak Di Lokasi

RAKAMAN memaparkan gangguan elektrik (blackout)yang berlaku di sebuah pusat penjumlahan undi di Gombak, Selangor tular di media sosial.

 

Sebilangan netizen mendakwa gangguan itu merupakan ‘taktik kotor’ yang digunakan pihak tertentu untuk memanipulasi proses pengiraan undi yang sedang berlangsung.

 

Dalam pada itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi satu kenyataan ringkas di Twitter turut mengesahkan kejadian dalam video tular itu. “Merujuk video gangguan elektrik di Kolej Vokasional Gombak (SM Teknik, Gombak).”

 

Bekalan TNB disahkan baik dan teratur. Ianya berpunca daripada kerosakan dalaman di pihak pengguna & disahkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” ujar kenyataan itu.

 

Untuk rekod, kerusi Parlimen Gombak menyaksikan pertarungan lima penjuru antara Datuk Seri Amirudin Shari (Pakatan Harapan), Datuk Seri Azmin Ali (Perikatan Nasional), Megat Zulkarnain Omardin (Barisan Nasional), Datuk Dr. Aziz Jamaludin (Pejuang) dan Ir Zulkifli (Bebas).

 

Keputusan tidak rasmi setakat pada pukul 10.40 malam, Amirudin mendahului dengan 33,540 undi, meninggalkan Azmin yang hanya meraih 23,260 undi.

 

Kubu kuat Azmin sudah goyah, Amirudin mendahului di Gombak

DATUK Seri Amirudin Shari mendahului di kerusi Parlimen Gombak, setakat pukul 8.30 malam.

 

Menerusi portal Myundi, Amirudin yang juga calon Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan majoriti lebih 4,500 undi.

 

Amirudin memperoleh 12,687 undi.

 

Ia diikuti Datuk Seri Azmin Ali, calon Perikatan Nasional (PN) dengan 8,157 undi.

 

Sementara itu Megat Zulkarnain Omardin dari Barisan Nasional (BN) memperoleh 5,220 undi, diikuti Datuk Dr. Aziz Jamaludin (Pejuang) dengan 401 undi dan Ir Zulkifli (Bebas) dengan sekadar 92 undi.

 

Untuk rekod, proses membuang undi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah bermula pada pukul 8 pagi bagi Semenanjung dan 7.30 pagi bagi Sabah dan Sarawak.

 

Proses pengundian ditutup secara rasmi pada 6 petang.

 

Keputusan Tidak Rasmi Di Parlimen Tambun Sangat Mengejutkan

 

IPOH: Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului dengan 2,652 undi di kerusi Parlimen Tambun diikuti Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN) 1,237 undi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH) dan Abdul Rahim Tahir (GTA) masing-masing terikat 321 undi. – UTUSAN

 

Keputusan Tidak Rasmi

Ahmad Faizal Azumu (PN) kini mendahului dengan 984 jumlah undi di Parlimen P063 – Tambun.

Sumber: Awani

Sayalah Ultraman melawan Godzilla (Anwar)” – Faizal Azumu

Mewakili Parti Perikatan Nasional, Ahmad Faizal Azumu telah menyamakan dirinya sebagai “Ultraman” dalam pertembungan beliau dengan Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim untuk kerusi parlimen Tambun.

 

Memetik laporan FMT, beliau ditemui selepas membuang undi di Tambun pagi tadi, Timbalan Presiden Bersatu itu juga menyamakan Anwar, presiden PKR, seperti “Godzilla”.

 

Peja bukan pelawak, tapi bijak kawal emosi, kata rakan baik

Hamid tertawa ketika mengenang persahabatannya yang sudah lama terjalin dengan Ahmad Faizal Azumu yang kini bertanding untuk mempertahankan kerusi Tambun, mengatakan mereka pernah bersama-sama aktif dalam politik sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

 

Beliau yang menjalankan perniagaan gerai makanan berkata persahabatannya dengan Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja sudah bermula sejak kecil di Kampung Manjoi.

 

Katanya, Faizal mula aktif dalam politik sebagai Pemuda Umno seawal dua dekad lalu.

“Dia (pemuda) di Ipoh Barat, saya pula di Gopeng. Kami selalu pergi perhimpunan Umno di Kuala Lumpur dulu bersama-sama,” katanya dalam satu temu bual ringkas bersama MalaysiaNow.

 

Perawakan Faizal atau Peja yang gemar berseloroh dan membuat kenyataan berbaur usikan ketika menjalankan tugas menjadikan beliau terkenal.

 

Ia bahkan turut mengundang kritikan, di mana ada yang mengatakan sikapnya itu menunjukkan beliau tiada ciri sebagai seorang pemimpin.

 

Bagaimanapun, Hamid menolak andaian tersebut.

Katanya, di sebalik sikapnya yang gemar berjenaka, Faizal sememangnya calon pemimpin yang profesional.

 

“Dia pandai sorok emosi. Dia sentiasa gembira dan tenang.

“Dia berseronok dan gelak ketawa untuk sembunyikan tekanan dia, perasaan dia yang orang lain tak tahu.

 

“Sebab itu dia menyanyi, berjoget. Faizal ni memang sifatnya gembira sahaja. Positif.”

Atas sebab itu, kata Hamid menjadi sesuatu yang tidak adil untuk menilai rakannya itu dengan video-video nyanyian dan tariannya yang tular di media sosial.

 

Ini kerana ketika waktu bekerja, Faizal amat serius dan fokus serta tidak akan mencampur adukkan urusan lain sehingga tugasnya selesai seperti yang dirancang.

 

Selain terkenal dengan gayanya yang sering bersahaja, kempen Faizal di Tambun turut dipenuhi poster-poster kreatif, di mana slogan kempen dilihat saling menyindir antara beliau dengan pesaingnya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim.

 

Dalam ceramahnya, Faizal menjelaskan kempennya dibuat sedemikian rupa bagi menjawab ceramah PH yang sering bernada negatif dan marah.

 

“Kenapa marah-marah? Be cool (bertenang).

“Saya berikan poster kelakar nak bagi turunkan suhu di Tambun. Kenapa nak stres?” katanya.

 

Dalam pada itu, Ahmad, 25, ketika ditanya mengenai personaliti Faizal, mengakui dia dan rakan-rakannya senang berkerjasama dengan Faizal kerana beliau tidak pernah mengenepikan pandangan anak muda walaupun mereka sekadar “budak kampung”.

 

“Bila kerja dia tak jadi bos. Dia dengar cadangan kami. Ada juga yang ditolak tapi dia dengar dulu sampai habis.

 

“Bila program selesai dia rapat betul dah macam kawan-kawan. Dia tak anggap kami macam budak. Tapi kawan-kawan dia.

 

“Rasa kekok juga boleh ke kawan dengan menteri. Tapi dia memang sempoi,” katanya kepada MalaysiaNow.

 

Ahmad bersetuju dengan Hamid bahawa Faizal tidak boleh dinilai “separuh jalan” sahaja.

 

Tambahnya, mengenali Faizal pada satu sisi yang tular di media sosial tidak memadai kerana satu sisi lagi tidak ditunjukkan.

 

“Banyak lagi kebaikan dia yang tak ditunjukkan (kepada umum).”

 

sumber:Utusan,Awani,beritaterkini.pw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *