Viral

Ragam artis mengundi! Elfira Loy tak boleh tidur, Siti Elizad pula penat beratur tapi salah sekolah

KEMERIAHAN Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dapat dilihat menerusi laman sosial apabila ramai berkongsi perjalanan proses pengundian di kawasan masing-masing sejak pagi Sabtu.

Menjadi sebahagian rakyat Malaysia, golongan artis dan selebriti tempatan juga tidak terlepas melaksanakan tanggungjawab memilih barisan pimpinan kerajaan baharu.

 

pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad yang turut berkongsi pengalaman mencuit hati apabila tersalah pusat pengundian.

 

Sudahlah silap lokasi, Elizad berkata perutnya pula tiba-tiba sakit perut ketika sedang beratur menunggu giliran.

 

elizad 1

Terlalu teruja sampai Elizad salah tempat mengundi.

“Seawal pagi dah keluar rumah. Dah nak sampai depan (barisan) masa ini pula sakit perut.

 

“Beratur panjang tapi salah tempat mengundi. Mungkin teruja sangat sampai tak boleh bezakan sekolah rendah dan sekolah menengah,” jelasnya dalam satu video di Instagram.

 

Dalam masa sama netizen yang geli hati dengan gelagat Elizad itu turut meninggalkan komen pada hantaran pelakon cantik tersebut.

 

“Sama kes kita salah sekolah! Beratur panjang masuk-masuk kata nama tak ada. Rupanya bangunan sebelah ada sekolah 1 sekolah 2,”

 

“Macam mana boleh tersilap tu? Ni mesti sebab terlalu excited sangat nak pergi,” seloroh syafiqahhadi212.

 

“Salah sekolah lepas tu sakit perut. Yang bukan-bukan,” komen myrulackym7 pula.

 

Siti Nurhaliza turut kongsi pengalaman mengundi

Berkongsi situasi di pusat pengundian, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat hadir sekitar pukul 11 pagi dan meletakkan harapan agar negara Malaysia menjadi lebih baik selepas ini.

 

siti 1

Siti selesai buang undi.

 

“Perjalanan mengundi saya hari ini… keadaan tenang. Semoga Allah berikan kami pemimpin yang amanah dan berwibawa serta menjaga rakyat dengan baik.

 

“Alhamdullillah selesai jalankan tanggungjawab hari ini. Semoga Malaysia jadi lebih baik,” katanya.

 

Siti sebelum itu dilihat menghantar suaminya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ke pusat berkenaan sebelum menunggu gilirannya.

 

Sementara itu, pelakon Elfira Loy pula memberitahu dirinya gementar sehingga tidak lena tidur sebelum hari mengundi.

 

Dia sempat menulis beberapa panduan untuk orang ramai bagi memudahkan urusan pengundian.

 

“Alhamdulillah saya telah jalankan tanggungjawab. Pergi awal pagi sebab gementar sampai tak boleh nak tidur.

 

elfira 1

“Lebih baik pegang telefon dan kad pengenalan supaya proses lebih lancar. Ia jadi lebih cepat kalau anda mudahkan proses itu,” ujarnya.

VIDEO:

Sumber : MSTAR ONLINE / KOSMO ONLINE.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *