Viral

Diva AA Jadi Orang Pertama Sampai Di Pusat Undi. Ini Kata Kata Azwan Ali Selepas Dia Sampai Depan Pagar

Selebriti sensasi Azwan Ali merupakam pengundi pertama yang tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Klang Gate.

Azwan, 56, yang juga dikenali sebagai Diva AA tiba pada pukul 7.25 pagi dengan berjubah hitam.

“Kepada yang masih tidur tolong tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi,” katanya berseloroh.

Sebelum ini Azwan menarik diri pada saat akhir sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Gombak bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sejurus selepas penarikan diri itu, penyandang Parlimen Gombak, yang juga abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, beliau tidak mengetahui punca adiknya daripada bertanding sebagai calon bebas di kerusi berkenaan pada PRU15.

Kerusi Parlimen Gombak menyaksikan persaingan lima penjuru membabitkan Azmin (PN); calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omar Din; calon Gerakan Tanah Air (GTA), Jamaludin Mohd Tahir serta seorang calon bebas yang juga Presiden Penaja Parti Bahtera Sejahtera Malaysia, Zulkifli Ahmad.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *