Viral

Selepas didakwa tiada tauliah agama, Ustazah Afifah tampil dengan reaksi padu dan mahu netizen tahu tentang satu kenyataan ini

Selepas tular isu tersebut, video lamanya yang menghina golongan artis juga mendapat kecaman umum serta tindakannya yang menyelar semula penjelasan Ustaz Azhar Idrus telah mengundang rasa kurang senang netizen.

Disebabkan namanya telah menjadi topik perbualan di media sosial, penceramah motivasi, Amin Idris telah mendedahkan bahawa ustazah tersebut tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain.

“Saya dapat info rupanya ustazah ini tidak ada background pengajian agama yang formal. Nak ‘claim’ dia sebagai agamawan, ilmnuan itu agak sukar

“Kita kena hati-hati daripada mengambil ilu daripada mereka. Apatah lagi, saya dapati banyak juga kenyataan di media sosial yang sangat ‘misleading’.

“Terbaru, mereka mendakwa semua suami yang hantar isteri bersalin diuruskan oleh doktor lelaki dianggap dayus. Kena faham! Dayus ini dosa besar” ujarnya

Dalam pada itu, Amin Idris turut menekankan perihal prinsip perubatan yang ada hukum umum serta pengecualian lebih-lebih lagi kepada pegawai perubatan seperti doktor.

Saya Maafkan Semua

Dalam laporan Harian Metro, Ustazah Siti Afifah sudah memaafkan dan tak marah dengan netizen yang kritik dirinya. Ustazah menganggap ramai salah faham dengan kenyataannya kerana hanya menonton video pendek yang dah disunting.

“Biarlah mereka nak marah pada saya, yang penting bukan Allah SWT dan Rasulullah SAW di akhirat kelak. Suami adalah guru yang banyak mengajar saya soal agama. Suami saya bukan biasa-biasa. Begitu juga bapa dan datuk saya. Mereka semua orang beragama.”

Katanya, darah yang mengalir dalam dirinya itu membuat beliau nak tahu dengan lebih dalam pasal agama Islam. Ustazah ini turut menafikan kritikan kejar duit dan glamor. Beliau bersuara atas dasar tanggungjawab mewakili wanita yang tak mampu.

“Berapa ramai wanita yang tr4uma melalui situasi memalukan begitu ketika bersalin? Saya bukan nak bisnes dengan menggunakan agama. Ini memang cara saya dalam berdakwah.”

Ustazah Siti Afifah juga tak gentar dengan kritikan manusia. Setiap kecaman yang diterimanya menandakan Allah SWT sayang dan dekat dengannya. Beliau berdoa Allah SWT mengetuk pintu hati netizen untuk faham apa yang beliau cuba perjuangkan satu hari nanti.

“Saya maafkan mereka. Moga Allah ampuni dan ketuk pintu hati mereka. Manusia ada akal. Biar Allah bukakan pintu hati mereka.”

Beliau memohon orang ramai baca kenyataan yang dikongsi Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad mengenai hukum perkara itu untuk lebih faham.

 

Sumber: HM via Oh Trending

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *