Viral

Pelik Dengan Kenyataan² Mengarut, Akhirnya Idris Amin Dedahkan Siapa Sebenarnya Afifah

Sepanjang minggu ini, nama pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah telah menjadi topik utama selepas dia mengeluarkan kenyataan ‘mendayuskan’ para suami yang membenarkan doktor lelaki melihat aurat isteri sewaktu bersalin.

Tegasnya, doktor lelaki yang menguruskan wanita bersalin dikira sebagai darurat memandangkan ada dua nyawa yang harus diselamatkan ketika itu iaitu ibu dan bayi di dalam kandungan.

“Kita kena ingat, dalam hukum Islam ada prinsip hukum umum dan ada pengecualian. Betul! Prinsip umum doktor lelaki haram melihat aurat pesakit wanita. Begitu juga doktor wanita, haram melihat aurat pesakit wanita.

“Namun kenapa boleh? Atas sebab darurat dan tujuan perubatan. Saya ada bertanya kepada para doktor dalam kalangan kawan.  Dalam etika kedoktoran, ketika doktor lelaki menguruskan wanita bersalin mesti kena ada peneman.

“Darurat ini bukan sekadar tak ada pilihan tetapi demi jaga nyawa. Bukan satu nyawa tetapi dua, anak dan ibu.

“Bila kita baca lebih sikit, bercakap atas landasan ilmu dan fakta, kita tak akan keluarkan kenyataan yang bukan-bukan.” tambahnya.

Jelas pengacara itu lagi, doktor wanita yang terlibat dalam bidang Obstetrik & Ginekologi (O&G) tidak ramai memandangkan ia memerlukan kudrat yang kuat. Jadi, tanggungjawab itu perlu ditampung bersama doktor lelaki.

“Apatah lagi, doktor O&G tak ramai. Bila ustazah itu kata doktor dah ramai, itu betul iaitu doktor secara umum. Doktor perempuan O&G tak ramai, yang ramai itu lelaki.

“Sebab nak sampai tahap pakar O&G itu tak senang, beban yang luar biasa dasyat. Tak semua wanita mampu untuk memikul. Oleh demikian, disebabkan itu timbul soal darurat. Di mana para suami tidak ada pilihan.”

Amin juga menyelar kenyataan yang meminta agar para suami mengumpul duit untuk menghantar isteri bersalin di swasta kerana bukan semua masyarakat di Malaysia terlahir dalam golongan berada.

Dan dicadangkan wajib suami simpan duit demi hantar isteri ke hospital swasta. Amboi senang cakap.

“Tau tak sekarang ini, rakyat Malaysia masih ramai yang struggle, tak ada kerja tetap, masih mencari-cari rezeki. Tetiba nak suruh simpan duit. RM4,000 itu harga dulu, sekarang mana dapat!” tegasnya.

Terdahulu, video Ustazah Siti Afifah mengatakan bahawa suami itu dayus kerana membiarkan isteri bersalin disambut doktor lelaki telah menjadi perdebatan sehingga ramai pendakwah tampil menangkis dakwaan tersebut.

Mereka juga meminta agar ustazah itu tidak mengeluarkan kenyataan mengelirukan kerana boleh jadi mengundang salah faham kepada masyarakat.

Sumber: TikTok @iamaminidris

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *