Viral

Lepas Ustazah, Ustaz Pula Tampil Suarakan Isu Suami Biarkan Doktor Lelaki Tengok Aurat Isteri Bersalin. Sekali Pegawai Kesihatan Respon

Isu bersalin dengan doktor lelaki masih menjadi perbualan hangat di TikTok, malah video suami kepada Ustazah Siti Afifah Shahbudin iaitu Ustaz Zaidi Tohirin yang menyuarakan pendapat yang sama turut mendapat perhatian.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Ustaz Zaidi meluahkan rasa kecewa dengan golongan suami yang sanggup menggadaikan maruah isteri dengan membiarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak mereka.

“Sampai seteruk itu kamu meletakkan maruah isteri kamu ini… bidadari kamu di dunia ni. Kamu buat macam itu, pagi tadi saya dengar sendiri ada orang lelaki telefon.

“Kata bini nak bersalin, doktor minta RM10,000, minta duit dekat Ustazah. Hey kamu lelaki, kamu suami… kamu la bertanggungjawab.

“Waktu kamu bersama-sama dengan isteri kamu di malam pertama, adakah kamu tidak pernah terfikir yang kamu akan ada anak? Jangan sedap saja yang kamu ambil. Hey lelaki, dayus kamu!” katanya.

Kata Ustaz itu lagi, seorang suami sepatutnya membuat persediaan awal dari segi kewangan sepanjang tempoh sembilan bulan isteri mengandung untuk memberikan yang terbaik dalam proses bersalin nanti.

“Sepatutnya malam pertama kamu menumpahkan air mani kamu tu ya, sembilan bulan Allah Taala beri tempoh kepada kamu bersiap sedia, memberikan tempat yang terbaik untuk isteri kamu bersalin.

“Hanya dikenakan beberapa ringgit saja, kamu sanggup serahkan maruah. Para isteri… sedarlah begitu murahnya maruah kamu di mata suami kamu.

“Mana pengorbanan seorang suami, sepatutnya suami demi maruah, demi kemudahan, keselesaan isteri yang berjuang melahirkan anak sama ada dua kemungkinan boleh jadi hidup, boleh jadi mati… sedang berjuang.

“Kamu sedap-sedap saja ya… malam pertamanya sedap, lepas itu sembilan bulan tu semua kau sedap-sedap saja, makan sedap, segala-galanya sedap, hisap rokok kau tak fikir benda tu… membazir,” katanya lagi.

Video siaran langsung itu dirakam dan dimuat naik oleh warga TikTok dan rata-rata mereka turut mengkritik kenyataan Ustaz tersebut.

“Allahuakbar, ustaz kami tak mintak untuk doktor lelaki. Kami juga nak doktor perempuan tapi kami tak ada daya nak memilih doktor.

“Sakit hati la pula dengar, kalau gaji RM1,500 sebulan ingat dapat ke simpan RM1,000 sebulan. Habis nak makan apa,” komen netizen.

Pegawai Kesihatan Respon Tuduhan Suami Dayus Biar Doktor Lelaki Sambut Bayi, Minta Tunjuk ‘Data’

Disebabkan kelantangan suara Ustazah Afifah mengenai isu tersebut, ianya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan pendapat netizen sehingga menjadi topik bualan hangat ketika ini.

Susulan daripada itu, seorang pegawai kesihatan yang sering melakukan ‘medical review’ menerusi akaun TikToknya turut tampil menjelaskan keadaan tersebut mengikut aspek perubatan serta pandangan sebagai doktor.

Kebanyakannya dari golongan lelaki

Doktor yang lebih mesra dikenali sebagai Dr. Wan Share itu, menegaskan bahawa kebanyakan pakar dalam ‘Obstetrics & Gynaecology’ (O&G) sememangnya dari kalangan kaum Adam.

Ekoran itu, dia turut meminta agar penceramah bebas berkenaan untuk menyediakan data sahih mengenai doktor wanita lebih ramai untuk menyambut kelahiran bayi.

Kalau ustazah ada data yang lengkap, ustazah boleh bagitahu saya. Buat sekali video penjelasan pasal tu (data), saya nak tengok sendiri.

Dibolehkan jika darurat

Tambahnya lagi, penerangan serta penjelasan yang pernah dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus mengenai isu yang sama mengatakan bahawa perkara itu dibenarkan sekiranya keadaan darurat.

Dr. Wan turut mempersoal dakwaan Ustazah Afifah tentang perasaan suami yang akan cemburu kerana membiarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri mereka.

Kenyataan dari doktor itu mendapat sokongan ramai dengan mengatakan bahawa keselamatan ibu dan bayi menjadi keutamaan semasa proses ingin melahirkan.

Video

kredit: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *