Viral

Ramai Perasan Sesuatu Kat BCL, Akhirnya Mereka Petik Nama Aeril Noah Buat Ramai Terkejutt

Jakarta : Selebriti popular, Bunga Citra Lestari (BCL) sering menjadi sorotan media Indonesia dan setiap aktivitinya menjadi perbualan utama serta hangat terutamanya isu peribadi.

Terbaru, gambar-gambar BCL yang menampakkan perutnya agak buncit menjadi perbualan sedangkan dia dikenali sebagai individu yang aktif melakukan senaman kesihatan bagi mendapatkan fizikal menarik.

Menerusi laporan Insertlive, penampilan BCL yang mengenakan baju T putih yang dipadankan dengan seluar ‘legging’ mencetuskan spekulasi dia sedang hamil kerana perutnya jelas kelihatan besar.

Ketika itu BCL sedang menjalani sesi ujian suara untuk sebuah konsert di Medan, Sumatera.

Tanpa usul periksa, segelintir mereka percaya BCL sedang hamil dan sudah pastinya nama Aeril Noah yang dikaitkan kerana mempunyai hubungan rapat dengan penyanyi terbabit.

Pelbagai kenyataan memenuhi ruangan komen yang mengaitkan nama Ariel dengan video perut BCL yang kelihatan seperti orang hamil.

“Jangan jangan sama Ariel,” tulis seorang warganet.

“Semakin besar perutnya. Dia dengan Aeril, kan? Kita tunggu beberapa bulan lagi,” tulis seorang lagi warganet.

Bagaimanapun, sebahagian warganet menegaskan yang dari dulu perut BCL memang kelihatan seperti yang terdapat di video itu.

Mereka menganggap penampakan perut BCL itu sebenarnya biasa saja.

“Perutku kalau pakai baju seperti BCL juga nampak begini,” tulis seorang warganet.

“Iya memang dari dulu perasan perutnya begitu,” tulis yang lain pula.

“Jodoh Baru?” Bunga Citra Lestari Akhirnya Luah Rasa Bahagia

Terdahlu Niat penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari berkongsi rasa bahagia apabila lagu Menghapus Jejakmu kerjasamanya dengan Ariel Noah dicalonkan dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI) 2020 disalahertikan pengikutnya di Instagram apabila ramai mahu menjodohkannya dengan bekas kekasih Luna Maya itu.

Dalam hantaran itu, Bunga atau BCL meluahkan kegembiraannya apabila karya hasil kerja kerasnya itu dicalonkan dalam kategori Karya Produksi Kolaborasi Terbaik AMI 2020.

“Belasan tahun di industri muzik, ini adalah kali pertama aku mula memberanikan diri bertindak menjadi produser bersama Ariel Noah. Dan, gembira sekali rasanya ketika tahu kalau lagu ini dicalonkan sebagai Karya Produksi Kolaborasi Terbaik AMI 2020,” tulisnya.

Di samping ucapan tahniah, turut dilontarkan ribuan ucapan supaya isteri Allahyarham pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair itu akan disatukan dengan Ariel sebagai pasangan.

“Cocok. Semoga cepat bernikah sama Ariel,” itu antara komen yang ditulis netizen di ruangan komen.

“Cocok kalau jadi suami isteri,” tulis satu komen yang lain.

Muzik video Menghapus Jejakmu versi ini dilancarkan di YouTube pada 14 Februari lalu dan sehingga kini sudah mencatat lebih 67 juta tontonan.

kredit: hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *