Viral

Tular wanita hantar makanan gendong anak OKU jentik hati warga maya, sekali Ebit Lew bagi hadiah yg sungguh bermakna

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew menghadiahkan sebuah kereta buat ibu tunggal Azimah Abd. Rahim, 37, yang tular kerja sebagai penghantar makanan sambil mengendong anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) buta.

Ebit berkata, melihat keadaan Azimah, turut membuatkan beliau sebak dan sayu ketika menziarahinya di rumahnya hari ini.

“Menangis akak terharu dalam kereta sambil peluk anaknya. Tak sangka dapat rezeki begini. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan.

“Hari ini kami hadiahkan sebuah kereta supaya akak ni boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Selain itu, Ebit memberitahu, dia dan pasukannya juga telah mencarikan sebuah rumah tahun lalu untuk Azimah termasuk menyediakan bayaran sewa bulanan sehingga kini.

“Kami cuba bantu nak carikan pengasuh, tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana memelukan perhatian 24 jam daripada ibunya.

“Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya,” ujarnya.

Terdahulu, kisah Azimah kembali mendapat perhatian selepas gambarnya menaiki motosikal bersama anaknya Nurainul Zahirah Rashidi, 6 dimuat naik Kosmo! Online, hari ini.

Januari lalu, SinarPlus melaporkan Azimah menerima sebuah rumah sewa daripada Ebit berserta kelengkapan kediaman seperti perabot, perkakas elektrik dan pakaian.

Warga maya menitipkan doa agar Azimah dan permata hatinya itu dan mengucapkan terima kasih buat Ebit Lew yang prihatin serta pantas menghulurkan bantuan.

-“Terima kasih Ebit Lew, moga terus kuat untuk membantu mereka yang memerlukan, dalam hidup kita di dunia ini, kita kena banyak bergaul, berkawan dengan orang susah supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki pada hari ini. Moga Azimah juga terus kuat untuk cari rezeki untuk sara keluarga.”

-“Masya-ALLAH seperti biasa Ebit terpantas membantu, moga jadi asbab kebaikan hidayah seluruh alam.”

-“Terima kasih UEL Alhamdulillah laju bantuan diberikan. Baru tengok tadi ditularkan fasal kakak ini.”

-“Berderai air mataku.”

-“Alhamdulillah, terima kasih ustaz.”

Sumber:KOSMO! ONLINE

 

 

SeIepas Ramai Tanya Mana Datang Duit Banyak2 Beri Bantvan, Akhirnya Terjawab Sumber Pendapatan Sebenar Ebit Lew

 

Kisah dan cerita-cerita hebat tentang Ustaz Ebit Lew dalam melakukan kerja-kerja kebajikan tidak dapat disngkal lagi.

Bahkan di Malaysia boleh dikatakan Ebit Lew individu yang paling hebat dan paling ke hadapan dalam membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.

Jika Ebit Lew datang untuk membantu, bukan sedikit-sedikit bntuan yang diberikan. Sehingga ramai terfikir mana datang duit atau dana yang diperolehi beliau?

Siapa Ebit Lew?

Pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot IsIam Agamaku, siapa sangka Ustaz Ebit Lew yang asalnya berketurunan Cina ini dijentlk dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal IsIam melalui salah seorang gurunya.

Maka bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci IsIam.

Jika anda masih ingat, pemilik nama sebenar Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew pernah terpalit dengan pelbagai pandangan neg4tif oleh sesetengah pihak, yang sepertinya tidak senang duduk melihat kerja amal yang dilakukan.

Sehinggakan sebelum ini ada pulak beberapa pihak yang cuba melemp4rkan tudvhan dengan menggunakan isv kereta mewah yang digunakan ustaz Ebit dalam misi bntuannya.

Tidak senang dengan tudvhan yang diIemp4rkan terhadap ustaz Ebit Lew, seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Yusran Yusof telah mendedahkan pendapatan yang dimiliki oleh pendakwah tersebut adalah atas usahanya sendiri.

“Ada golongan-golongan b0d#h yang cakap ustaz Ebit Lew gunakan duit drma orang ramai untuk beli kereta mewah, jangan lah kita jadi bod#h”

“Chanel Youtube Ustaz Ebit Lew pula, view dia lagi banyak dari Youtuber bernama Soloz (gamer terkenal Malaysia) kot”

“Kalau Soloz mampu pakai Mustang dah tentu ustaz Ebit Lew mampu juga pakai alphard. Lagipun ustaz ada perniagaan lain lagi, buku-buku hasil tulisan beliau pun banyak dipasaran. Otam4k jangan semplt sangat.” tulis beliau.

Dalam pada itu Yusran Yusof turut berkongsi kepada umum berapa pendapatan kasar Ustaz Ebit Lew.

“Jom kita tengok secara kasar pendapatan Ustaz Ebit Lew”

“Tengoklah restoran dia dh ada 3 cawangan, ceramah setiap bulan full seluruh negara. page Facebook ada 1.8juta followers”

“Selain itu youtube dah ada 400k subscriber dengan 3k-56k USD (RM12K – RM224K), di mana pendapatan melalui Uoutube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (RM168k- RM2 juta lebih )”

“Banyak lagi sumber kewangan beliau.. untuk as3t dan keluarga beliau” tulis beliau.

Malah dalam satu perkongsian di Fb, Ebit turut mengakui menceritakan serba sedikit pnca pendapatan beliau selepas timbul cakap-cakap belakang mengenai kekayaan beliau.

Kata Ebit Lew, bayaran diterima dari Facebook dan Youtube agak lumayan.

Profil Ebit Lew

Ebit Lew dilahirkan di Muadzam Shah, Pahang pada 21 Disember 1984 dengan nama Lew Yun Pau. Beliau merupakan anak ketiga daripada 11 orang adik beradik.

Beliau memeluk agama IsIam pada usia 12 tahun selepas mengikut rapat mengenai agama itu.

Beliau merupakan graduan Universiti Putra Malaysia. Sebelum itu, beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan, Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Pahang, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang.

Ebit Lew juga dikenali dengan beberapa produk perniagaan. Beliau mempunyai syarikat latihan dan motivasi bernama Transform Training & Consultancy dengan produk yang terkenal iaitu seminar motivasi kekeluargaan Keluarga Sunnah.

Selain itu, beliau juga mempunyai jaringan pasar raya Elewsmart yang mula beroperasi pada 18 Julai 2020 dengan pembukaan cawangan pertama di Bandar Baru Bangi.

Beliau juga mengusahakan produk pakaian di bawah jenama Elew’s Design.

Selain itu, beliau juga mengusahakan rangkaian kafe restoran di bawah jenama Paramount Coffee House yang beroperasi di tiga cawangan, Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Shah Alam.

Antara pencapaian diterima Ebit Lew, beliau pernah menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.

Beliau juga merupakan penceramah slot motivasi pagi, Slot IsIam Agamaku, IsIam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM dan Sinar.

 

Sumber: FB Yusran Yusof, IG Ebit Lew dan wikipedia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *