Uncategorized

Netzen beri pujian melambung lak0nan PuteriBalqis bersama AedyAshraf. Akhirnya ada pula perasan sesuatu yang nampak ketara

Pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, menjadi sebutan ramai setelah gandingan mantap bersama aktor Aedy Ashraf menerusi telefilem ‘Dania’ bersiaran di TV3 mendapat pelbagai reaksi penonton.

Bukan itu sahaja, telefilem yang ditayangkan pada Ahad lalu turut trending di laman media sosial Twitter.

Penonton teruja melihat kolaborasi Puteri Balqis yang mesra disapa Aqish itu bersama lakonan hebat Aedy.

Bukan itu sahaja, gandingan Aqish dan Aedy hangat diperkatakan selepas wajah mereka dikatakan seperti adik-beradik seiras menjadikan telefilem tersebut sangat menyentuh perasaan penonton.

Terbaru, menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Aqish meluahkan rasa teruja apabila diberi kesempatan untuk berlakon bersama aktor drama Kisah Cinta Kita itu.

“Keserasian antara kita di kaca TV membuatkan saya rasa ‘kehilangan’, tidak dapat saya mencari abang lain seperti awak.

“Saya pinjam kata-kata awak. Anda juga ‘pelakon kegemaran Malaysia’,” tulisnya.

Sebelum ini, Aedy menerusi ruangan Twitter berkongsi foto bersama Aqish berserta kapsyen yang sama iaitu menggelar aktres berbakat besar ini sebagai pelakon wanita kegemaran ramai.

Sementara itu, Aqish turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menonton telefilem itu sehingga trending.

“Dania, saya memahami perasaan awak. Kepada anda semua, dari lubuk hati saya yang terluka dan paling dalam, terima kasih kerana menghargai lakonan kami,” katanya.

Wajah pelakon Puteri Balqis dan Aedy Ashraf dikatakan seiras seperti adik-beradik”

“Memang nampak sama. Dulu ingat diaorang adik beradik.

“terpaling best lakonan mereka berdua
love sgt2

.

“Dua2 kalau berlakon mmg menjiwai watak betul…. nangis2 aku tgk ceita Dania…..

“Betul..muka seiras..lagik masa Aqish kecik sama kot. Aku ingat adik beradik..lakonan diorg dlm Dania sedih wei..

Sinopsis Drama Dania

Mengisahkan Dania seorang remaja yang menyendiri dan rakan sekelasnya kelihatan sentiasa mengelak dari mendekatinya di sekolah. Abangnya Luqman, bimbang dia akan menjadi anti-sosial.

Dania mula berkawan dengan seniornya Sarimah. Sarimah menjaga Dania dengan baik sehingga menyebabkan Dania selesa dan percaya dengan dia. Sarimah memperkenalkan Dania kepada Cikgu Bahar untuk tuisyen percuma.

Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merog0lnya. Geram dan malu, Dania mengalami kemurungan berikutan kejadian itu. Luqman hanya mengetahuinya setelah banyak menyoal apabila dia perasan sesuatu tidak kena pada Dania.

Bahar kemudian ditangkap tetapi kes digugurkan. Ikuti Dania dan Luqman dalam kempen dan perjuangan yang panjang untuk menegakkan kebenaran.

Naskah yg terbaik utk drama Dania.. tahniah pada pengarah Eyra Rahman yg mengangkat cerita mcm ini…mgg dlm kehidupan mgg ade yg realiti berlaku mcm ini..yg dianiya di biarkan mcm tuh jer..yg bersalah menegakkn keadilan.. wlaupn plot cerita nya tergantung di saat mangsa menuntut hak belaan..kemungkinan ade sambungan drama Dania..nie apa pown tahniah utk drama ini…⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

 

Cantik Macam Fasha Sandha..”-Puteri Balqis Dipuji, Kelihatan Cantik Dan Matang Apabila Memakai ‘Make Up’.

Sejak kebelakangan ini, nama Puteri Balqis sering menjadi bualan orang ramai. Aqish kini kelihatan lebih matang berbanding usianya terutama apabila beliau ber’make up’.

Menerusi satu perkongsian video tiktok yang dikongsikan oleh tiktok aishahrahim07. Beliau telah memuat naik video dimana Puteri Balqis di ‘make up’kan. Aqish kelihatan sangat cantik dan menawan.

Menjengah ke ruang komen, rata-ratanya mengatakan wajah Aqish, apabila sekali pandang kelihatan seperti Fasha Sandha. Malah ramai yang mengatakan Aqish kelihatan seperti pengantin. Tampil berbeza tidak padan dengan usia yang masih berumur 15 tahun.

“cantiknya. Sekali pandang macam Fasha Sandha pun ada..”

“muka tak make up nampak comel je. bila make up terus nampak matang..”– komen salah seorang netizen

Puteri Balqis memulakan karier lakonannya sejak beliau masih kecil lagi. Beliau di lihat sebagai penerus legasi akstres dengn bakat yang luar biasa dalam industri seni ini.

@yaya:Cntik nya..skli pndang mcm fasha sandha pn ad.

@Sobiroh Kim:ada iras2 fasha sandha.

@Wannurashikin:With or without makeup cantik balqis ni.

@Yogurt:Memula Aedy Ashraf pahtu, Fasha Sanda pulakk.

@نور عايشه :muka tak make up nampak comel je.. bile make up terus nampak matang.

@Naddv:Cantikkkk mcm fasha sandha.

@Linda Montel:cantikknye ble dah makeup nmpk matang.

@.:hhaaha bru nk comment dh ade org comment dulu iras fsha sandha.

@Cik Puan Mawar:semoga aqish dpt byk job modelling utk sara hidup dia dan maknyer.

@HINATA HYUGA: she so pretty!

@S H I R A :cantik dia sekarang.

@🌼misnurulFika:cntik memg suka aqish dri dye kecik.

@aida:Makin cantik la pulak.

@ZARAVAHIRAARDILA:tetiba nmpk Fasha Sandha plk.

@•zUee:arrrrrr adorable nya.

Rata-rata warganet terpegun dan memuji kecantikan puteri balqis. Tidak dinafikan lagi, Aqish sememangnya mempunyai wajah yang ‘natural beauty’, dimana beliau tetap cantik walaupun tidak ber’make up’.

Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja.

Sumber : Lawak_laah Dan Tiktok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Sumber : XTRA / BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *