Viral

“Tak Payah Over Tunjuk Bahagia” – Ini Nasihat Padu Wanita Kepada Golongan ‘Peny0ndol’

KEHADIRAN orang ketiga bukanlah isu baharu yang kita dengari terutamanya dalam kisah rumah tangga.

Walau hadirnya hanya seketika, individu itu mampu menggugat dan memusnahkan kebahagiaan yang dibina dalam sesebuah perkahwinan.

Juliana, cekal menjaga empat anak setelah berpisah dengan suami dua tahun lalu.

Menerusi video berdurasi satu minit yang dikongsikan pemilik akaun TikTok Juliana Seth, dia melontarkan pendapat dan memberi nasihat kepada golongan perampas yang dipanggil ‘penyondol’ sehingga meruntuhkan rumah tangga orang lain.

VIDEO

“Saya nak bagi nasihat sikit dekat penyondol-penyondol di luar sana tu, kalau kau dah berjaya musnahkan rumah tangga orang, rampas laki (suami) orang kau tak payah la nak over sangat post macam-macam kebahagiaan kau dekat media sosial, sebabnya kau kena ingat tak akan ada kebahagiaan atas penderitaan orang lain.

“Bila mana kau sakiti hati bekas isteri, anak-anak dia, bekas mentua lelaki itu kau rasa diaorang akan berhenti mengangkat tangan berdoa kepada Allah minta pembalasan yang setimpal untuk kau? Tak, mereka akan sentiasa berdoa dan kifarah akan buat kerja dia.

“Tak akan ada kebahagiaan di atas penderitaan orang lain, kau percaya cakap aku okay,” ujar pemilik TikTok berkenaan.

“Tak akan ada kebahagiaan di atas penderitaan orang lain, kau percaya cakap aku okay,” ujar pemilik TikTok berkenaan.

“Betul sis, terus berdoa Insyallah kifarah itu sekejap je, saya pun dah lalui benda ini, syukur sekarang dah okay.

“Suami isteri adalah pinjaman semata-mata, bila-bila sahaja Allah akan tarik balik kebahagiaan kita, mungkin Allah akan bagi yang lebih baik lagi, InsyaAllah,” komen beberapa netizen.

 

Sumber: mstar online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *