Viral

Lelaki Ini Mohon Caprice Berhenti Buka A1b Orang, Rupanya Bukan Biasa-Biasa.

Di TikTok, seorang kaunselor yang dikenali sebagai Haji Mokhtar memberi teguran kepada penyanyi rap, Caprice agar tidak membuka aib orang lain di media sosial.

Dunia akhir zaman

Menerusi video berdurasi 0:56 saat, Mokhtar meminta Caprice untuk berhenti mencari kesalahan orang lain. Tambahnya, perbuatan memviralkan aib orang lain merupakan perbuatan yang tidak baik dan dimarahi Rasulullah. Ujar Mokhtar lagi, dia tidak membela mana-mana pihak.

Allah dunia akhir zaman ini. Tak sudah-sudah kita nak cari kesalahan orang dan viralkan biar orang ramai tahu MasyAllah. Ni pesanan haji untuk Caprice dengan kes PU Azman pula. Haji tak nak bela siapa-siapa. Tak kata PU Azman salah atau betul tetapi Caprice tolonglah, sudah-sudahlah buat kerja macam ni. Rasulullah marah. Tak suka kepada orang yang buka aib sendiri apa lagi aib orang lain. Janganlah.

Menurut Mokhtar lagi, seandainya perkara yang diviralkan itu tidak betul, maka ia menimbulkan dosa dan fitnah.

Kalau benda itu tak betul dosa kita akan berantai-rantai kerana viral kan ke seluruh dunia. Sudah-sudahlah mari ingat mati. Kita jadi orang baik, buat kerja baik tak payah nak jadi pembela agama, pembela bangsa dengan guna kuasa viral dan aibkan orang lain. Ingat mati.

Video

Sumber: Haji Mokhtar

‘Kalau Caprice nak saman, silakan’ – Ameer Ali Mydin

 

“Kami (Mydin) tak ada sebut nama Caprice atau ‘tag’ Caprice dalam hantaran kami, kenapa dia nak terasa”.

Demikian maklum balas diberikan oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin berhubung tindakan penyanyi rap sensasi, Ariz Ramli atau Caprice yang bakal menyaman pasar raya tersebut sebanyak RM30 juta.

Katanya, pihaknya tidak membuat sebarang kesalahan dalam mana-mana ciapan dan hantaran yang dimuat naik di platform media sosial Mydin serta tiada sebarang unsur perlian atau menghina individu tertentu.

“Siapa makan cili, dia yang rasa pedas.

“Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan,” katanya ringkas.

Semalam, Caprice menerusi hantarannya di Instagram memaklumkan, dia tidak teragak-agak untuk menyaman Mydin sekiranya tiada sebarang permohonan maaf daripada pihak tersebut dalam tempoh 24 jam susulan ciapan yang didakwa memalukan dirinya.

Bagaimanapun, Caprice hari ini sekali lagi memuat naik hantaran di InstaStory menawarkan perbelanjaan secara percuma kepada rakyat Malaysia di pasar raya tersebut.

“Cap nak belanja rakyat Malaysia beras, minyak dan tiga bahan lain ikut pilihan anda secara percuma minggu hadapan. Pilih lokasi mana korang (kalian) nak Cap belanja.

“Subang Jaya, Bukit Jelutung atau Batu Caves,” tulisnya.

Mengulang lanjut, Ameer Ali mengatakan sekiranya benar Caprice ingin melakukan kerja amal di pasar rayanya, dia amat mengalu-alukan kehadiran mereka selain menawarkan 1 kilogram (kg) paket gula kepada yang terlibat.

“Baguslah kalau Caprice nak buat kerja amal, bantu orang ramai, jangan lupa hubungi pihak Mydin ikut cawangan yang diinginkan.

“Saya pun nak bantu juga, bagi yang terlibat Mydin akan beri 1kg gula kepada anda,” katanya.

Sumber : KOSMO! ONLINE

 

-Kali Ni Nak Dedah Sisi Gelap ‘Cikgu’, Sekali Cikgu Fadli Tampil Beri Penjelasan Sampai Netizen Muak Dgn Caprice

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai Cikgu Fadli yang bakal dikenakan tindakan dibuang kerja serta turun pangkat gara-gara bersikap lantang mengenai isu silibus pelajaran di sekolah serta masalah beg berat.

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi rap Caprice yang cuba untuk mengulas mengenai itu tersebut. Namun, ianya ditolak secara baik oleh Cikgu Fadli.

Bagaimanapun, Cikgu Fadli sudah pun tampil memohon maaf serta menjelaskan mengenai kenyataannya itu serta memberitahu dia enggan ada campur tangan daripada mana-mana pihak termasuk ahli politik dalam halnya itu.

Terbaru, seorang pengguna Facebook ada memuat naik status dimuat naik oleh Caprice di Insta Story meminta individu tampil memohon maaf sebelum pasukannya melakukan kerja risikan mengenai sisi gelap individu berkenaan.

Dalam satu lagi status lain, Caprice memberi bayangan ada seorang guru yang membuat jenaka secara terbuka mengenai pakaian dalam terhadap kanak-kanak.

Perkongsian pengguna Facebook itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa muak dengan penyanyi rap itu.

Malah, ada yang menyifatkan tindakan Caprice mahu mendedahkan rahsia seseorang media sosial seolah sedang melakukan jenayah buli siber. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan perkongsian Caprice itu ditujukan kepada siapa.

Namun Cikgu Fadli hari ini tampil memberi penjelasan mengenai posting-posting beliau yang lama

“Dah ada pihak gali post-post lama saya, sebarkan dan cuba memalukan saya. Mulanya saya nak buat tak endah je, tapi saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskannya.

” 1. Isu post lawak tentang bra pada tahun 2018. Isu ini sahih. Saya ada buat post kononnya nak bergurau, tapi saya cross the line.

Saya post gambar bra dalam fitting room kat AEON dah buat jenaka tentang hal itu. Post tersebut kena kecam dan saya sedar saya salah. Saya turunkan post tersebut keesokan harini.

Ada fakta salah mengatakan saya bergurau tentang pakaian dalam murid. Ada kata saya masuk asrama wanita ambil gambar tu. Semua info ni mislead dan salah. Gambar kat fitting room AEON.

Saya telah dibuat aduan dan kena tindakan dalam oleh PPD masa ttu.

Ya, saya salah dan saya akui.

2. Post tentang saya promote vape. Masa tu NCIG (sejenis vape) baru bertapak di negara kita. Kawan saya seorang dealer NCIG (vape) mohon jasa baik saya promosi jualan itu.

Saya promosi iklan NCIG beberapa kali sehingga ditegur rakan-rakan dalam bidang perubatan. Saya terus tarik semua post berkenaan promosi NCIG dan mengaku salah saya promote benda tu.

Masa tu niat saya nak bantu perokok tegar berhenti merokok dan bertukar pada vape, kononnya lebih selamat. Tapi berdasarkan kajian, vape pun bahaya lebih kurang rokok juga.

Saya dibuat aduan dan dikenakan tindakan oleh PPD dan JPN.

Ya, saya salah dan saya akui.

3. Post tentang pandangan saya mengenai anti vaksin sepatutnya dikenakan tindakan kerana menolak vaksin tanpa alasan. Ia menyebabkan rakan lain kena tanggung tugas mereka kerana mereka tidak dibenarkan mengajar. Post ini juga sahih dan baru malam tadi saya delete post tu.

Awal dulu saya akui saya agak jumud pasal isu Covid ni. Sementelah lagi saya dan keluarga pernah kena COVID juga. Namun selepas itu saya sedar, sangat salah saya seolah mendiskriminasikan mereka yang memilih untuk tidak vaksin.

Saya tulis beberapa post lanjutan mengenai keterbukaan saya dalam hal ni dan tidak lagi peduli siapa vaksin siapa tidak. Saya mula belajar hormati pilihan masing-masing.

Ya, saya salah dan saya akui.

4. Post tentang saya sokong silibus yang susah sekarang ini. Post ni ramai sangat mislead dan tak baca sampai habis.

Saya konsisten sejak dulu bagitahu, silibus perlu ada perubahan sesuai dengan zaman. Tak boleh guna silibus tahun 80an pada anak zaman sekarang.

Namun, perlu ada penambahbaikan. Ada topik yang tak sepatutnya ada dalam silibus sekarang. Bilangan murid perlu diperkecilkan. Masa pembelajaran perlu lebih panjang. Perlu sokongan ibubapa bantu anak belajar di rumah juga.

Sokongan terhadap silibus baru ini bersyarat. Hat ni ramai terlepas pandang. Konon masa zaman Dr Maszlee saya tak kritik silibus, tapi sokong pula. Baca sampai habis post tersebut dan post-post susulan selepas itu. Tonton juga LIVE saya yang terdahulu sampai terkini, saya konsisten bagitahu silibus perlu seiring kemajuan zaman, namun bersyarat.

Saya sering guna analogi ‘nak bagi kereta laju, hanya masukkan enjin Ferrari dalam kereta Kancil buruk, mana maunya’, merujuk kepada perubahan silibus saja takkan berjaya jika bilangan bilangan murid dalam kelas tetap ramai, prasarana dan fasiliti sekolah tidak lengkap, masa belajar yang tidak mencukupi.

Boleh faham kan?

Okey kawan-kawan. Seperti mana saya pernah tulis dan cakap dalam LIVE, saya tak betul dan benar pada setiap masa.

Saya juga manusia yang ada salah dan silap. Semua di atas adalah kesalahan saya. Silap saya. Saya akui dan saya bertanggungjawab.

Kalian nak serang, nak marah, nak benci, nak tegur, silakan. Itu hak kalian. Saya layak ditegur, dimarah atas salah silap saya. Followers saya tolong jangan back up saya atas kesalahan saya. Jangan kata saya betul saat saya salah.

Tak apa. Biarlah orang nak kata apa, nak hina, nak marah, nak benci atas salah silap saya itu.

Perlu tahu, saya dah jalani hukuman atas salah silap saya itu, saya akui dan bertanggungjawab semuanya. Dan perlu tahu, itu post lama, aib lama yang dah berlalu dikorek kembali.

Nak terus menerus menggali salah silap dan aib lama saya, silakanlah. Saya tak boleh halang orang. Nak caci maki atas kesilapan lampau, teruskanlah.

Cuma, tolong kembali kepada isu sebenar. Isu yang tular. Isu yang hangat. Isu sebenarnya ada kerosakan dalam KPM yang boleh memberi impak pada anak-anak kita.

Tak kisah kalian ni haters saya ke, benci saya sebab pernah duduk semeja dengan Dr Maszlee Malik ke, label saya sebagai pencacai ke apa, tapi saya rasa kita perlu sepakat dalam hal pendidikan anak-anak kita.

Ada sesuatu yang tak kena dan rosak dalam sistem. Dan benda ini kita kena sama-sama perjuangkan agar kerosakan itu dibaiki untuk kebaikan anak-anak bangsa kita, untuk Malaysia yang lebih baik, agar pendidikan kita terus gemilang di persada dunia dan Kementerian Pendidikan akan kembali dihormati.

Jom kembali dan fokus pada isu sebenar.

Tak kisah la kalau kalian sokong saya dibuang, atau saya benar-benar dibuang nanti, cuma saya berharap asbab viralnya isu ini, akan ada perubahan dalam sistem pendidikan kita demi kebaikan anak-anak kita.

Sekian.

#MFS
– Tak terbang dek pujian, tak tumbang dek kejian –

SUMBER FACEBOOK

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *