Viral

Bekas Isteri akhirnya jawab dkwaan pvnca lesen pakar saham digantvng

Saya lagi suka bekas suami terus jadi jutawan, Watie jawab tuduhan lesen DDNK digantung SC. Pasti ramai yang ingin tahu adakah benar tuduhan mengatakan Hasmawatie adalah individu yang melaporkan kepada Suruhanhaya Sekuriti Malaysia hingga lesen bekas suaminya, Datuk Dr Nazri Khan digantung selama enam bulan bermula 6 Oktober lalu.

Ini kerana dalam satu kenyataan rasmi dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), pihak SC telah menggantung Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal milik Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd. (IPAM) berkuat kuasa sejak 6 Oktober lalu.

Pihak pengurusan IPAM berkata, mereka sedang membuat rayuan susulan penggantungan itu selain menegaskan penggantungan adalah disebabkan pelanggaran pentadbiran dan bukannya bukan mengenai pengurusan dana.”Saya Lagi Suka Bekas Suami Terus Jadi Jutawan”.

Tiada angin tiada ribut, nama bekas isterinya dikaitkan dengan pelaporan tersebut kerana mahu membalas dendam. Namun itu semua adalah andaian netizen yang jelas sama sekali salah.

Dalam satu temubual eksklusif, Hasmawatie dalam program SEMBANG WANITA di platform digital Mingguan Wanita, Hasmatie menjawab semua pertuduhan tersebut dengan hati yang cukup lapang dan tenang. Jelas ternyata dirinya amat bijak kerana kematangannya bahkan semasa temubual ini, tiada satu pun kesilapan bekas suami disebut.

Menurutnya, secara jujurnya dia lebih senang kalau bekas suaminya terus bergelar jutawan kerana ada banyak lagi tuntutan boleh dibuat selepas perceraian mereka.

“Kalau bekas suami susah, keperluan anak tunggal kami, Haykal juga akan turut berubah. Dari kecil dirinya sudah biasa memiliki segala-galanya. Malah bersekolah di sekolah antarabangsa. “Jadi saya memang terus mendoakan bekas suami bergelar jutawan dan tiada sebab untuk saya melaporkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sampai lesennya digantung. Untuk apa menyusahkannya kerana kalau dia senang, kehidupan anak kami akan kekal dengan apa dikecapinya sebelum ini. Dan banyak yang boleh saya buat tuntutan tanpa mengurangi keperluan Haykal sebelum ini.

“Saya tak pernah makan hati dengan tuduhan netizen mengatakan saya yang buat laporan kerana saya tahu saya tak buat. Jadi kenapa saya nak terasa dengannya kerana saya tak buat.
Tambah Watie yang memiliki ijazah sarjana dari UKM, bila perceraian terjadi antara dirinya dan bekas suami, dirinya terpaksa tinggalkan segala-galanya termasuk rumah baru yang tak sempat diduduki pun.

“Kami berpindah ke Jitra kerana mahu dekat dengan keluarga agar anak tak rasa keseorangan. Kena sewa rumah lain buat masa ini kerana saya nak Haykal rasa selesa dan tiada apa yang kurang dirasainya. Pernah anak tanya, adakah dia akan dapat meja komputernya masa berpindah ke utara dan saya katakan ya. Masa yang sama saya perlu menghantarnya bersekolah di Sungai Petani kerana pilihan sekolah antarabangsa juga tidak banyak.

“Kami berpindah ke Jitra kerana mahu dekat dengan keluarga agar anak tak rasa keseorangan. Kena sewa rumah lain buat masa ini kerana saya nak Haykal rasa selesa dan tiada apa yang kurang dirasainya. Pernah anak tanya, adakah dia akan dapat meja komputernya masa berpindah ke utara dan saya katakan ya. Masa yang sama saya perlu menghantarnya bersekolah di Sungai Petani kerana pilihan sekolah antarabangsa juga tidak banyak.
“Saya perlu berulang alik dari Jitra ke Sungai Petani setiap hari. Lepas hantar Haykal, saya perlu balik ke Jitra dan petang ambil dirinya semula. Jarak memang jauh, dalam sejam lamanya tapi asal anak selesa dan bahagia, saya kuat deminya.

Masa yang sama, Watie mengakui dirinya masih bergelar pengarah dan pemegang saham yang besar dalam syarikat diusahakan bersama bekas suami yang mengadakan kelas Menang Saham yang terkenal di kalangan mereka yang ingin belajar tentang saham.

Sudah lama move on dari hidup DDNK dan juga seorang yang manja tapi versi dirinya. Mengakui dirinya sudah move on dalam kehidupan bekas suami yang sudah pun berkahwin lain, jelas Watie apa yang dilakukan pada hari ini dan masa depan adalah menuntut HAK diwajar diperolehnya pada hari ini selepas lebih 20 tahun mendirikan rumahtangga.

Sumber : mingguan wanita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *