Viral

Selepas Sah Bercerai Semalam, Ayu dedah Apa Yg Berlaku Di Rumah Yg Mengundang Sebak

5 Tahun Jaga Suami Lumpuh Hingga Boleh Berjalan, Pengorbanan Isteri Berakhir Di Mahkamah Syariah

5 tahun jaga suami lumpuh hingga boleh berjalan, pengorbanan isteri berakhir di mahkamah syariah. Bila termetrainya akad nikah, saat itu bermulalah hubungan halal di sisi Allah taala buat suami isteri.

Merekalah mencoraknya, sama ada mahu menjadikan rumahtangga itu syurga atau sebaliknya. Bahagia atau beramukan. Berkasih sayang atau saling membenci. Kadang, suami isteri sedang membina syurga bersama-sama tetapi campurtangan orang luar menjadikan rumahtangga umpama โ€œnerakaโ€ bagi sesetengah isteri. Dan malangnya ia berakhir di mahkamah syariah kerana isteri sudah lelah menanggungnya.

Sebab itulah ibu bapa baik mentua hanya berperanan menasihati, bukan masuk campur dalam urusan rumahtangga anak menantu.

Jika kita masih ingat akan kisah pengorbanan seorang isteri, Siti Rohayu yang mesra disapu Ayu yang sering memuat naik kisahnya menjaga suami Muhammad Ridhwan Mohd Zaki yang ditimpa kemalangan hingga lumpuh kira-kira lima tahun lalu.

Dari koma 90 hari, menjaga dari lumpuh hingga mampu berdiri sendiri dan dilihat sihat tetapi malang dalam beberapa hari lalu, Ayu memuat naik di instagramnya bahawa hubungan itu bakal berakhir di mahkamah semalam.

Bertahun jaga suami lumpuh, akhirnya dia mengakui sudah lelah mengharungi semua ujian kehidupanPada awalnya, isteri ini memuat naik bayangan bahawa hubungan suami isteri bakal menuju ke penghujungnya.

Ini berdasarkan statusnya:- Buat kali terakhirku jalan kan tugas sebagai seorang isteri buat dirimu. Esok berakhir la sudah kisah kita. Andai ada salah dan silap, Maafkan diri ku sepanjang bergelar isteri mu. Maafkan aku Tak mampu nak menjadi seorang isteri yang baik buat dirimu. Maafkan aku tak mampu nak pertahankan lagi.

Segalanya salah diriku, muncul dalam hidupmu. Akan ku undur diri demi kebaikkan semua, Redha. Terima segalanya berlapang dada. Semoga dirimu dijaga dengan baik oleh keluarga mu. Lebih baik dari aku menjaga mu. Halalkan segala-galanya. Aku halalkan juga setiap nafkah yang tidak mampu kau bagi. Semoga Allah jaga dirimu wahai suami.

Tidak berapa lama kemudian, di Tik Toknya, dirinya memuat naik status ini:-

buat kali terakhir umy ayu bersama abi satu dunia menangis keranamu

 

Video :

Aku bukan seorang yang baik. Sebelum menyalahkan orang lain. Diri aku yang patut dipersalahkan. Biarlah 1 dunia kecam aku dengan keputusan yang aku buat. Terlalu ramai yang buat andaian sendiri. Menabur fitnah tidak henti-henti. Seperti mereka yang duduk serumah dengan Umy. Semoga pahala kalian mengalir buat diriku. Semua orang boleh bercakap tapi yang menanggung dan lalui hanya kami.

Dunia in sedang berputar, ini ujian ku. Belum lagi ujian mu. Keputusan yang kami buat tiada paksaan mana-mana pihak. Cuma aku penat berjuang, sebelum aku jadi gila. Baik aku undur diri. Kalian tak suka aku, block aku, dari kalian komen benda yang tak sepatutnya. Mungkin ini posting last tentang diriku, Lepas ni Fokus pada bisnes. Permulaan hidup baru. Maaf sebab buat keputusan ini dan mungkin ramai yang tak puas hati dan kecewa dengan umy.

Dan ia berakhir di Mahkamah Syariah di mana dapat dilihat Ayu masih memimpin tangan suaminya yang mungkin barangkali tidak mengerti apa-apa tentang keputusan dibuat ini.

Tulis Ayu, Ya Allah.. Semoga keputusan yang ku buat hari ini, adalah yang terbaik untuk semua orang, termaksud untuk diriku dan anak-anak. Sekuat mana pun sayang kita pada seseorang, kalau Allah kata dia bukan jodoh kita. Maka bukanlah. Maafkan Umy semua, Sebab tak mampu nak jadi insan yang kuat untuk meneruskan dan mempertahankan.

Andai tiba saatnya dimana kita harus melepaskan, bukan kerana tak sayang. Tetapi kita sedar, andai diteruskan akan banyak lagi pihak akan terluka. Mengalah bukan bererti kalah, mengaku salah bukan bererti salah, tetapi cukup penat mental dan fizikal untuk meneruskan. Fokus pada kesihatan dan anak-anak itu lebih baik. Biarlah 1 dunia membenci dan mengecam umy, Allah ada. Sama-sama kita mendoakan dipermudahkan segala urusan hari ini.Mungkin selepas dengan keputusan ini, di instagramnya sebentar tadi Ayu menulis :-

Tulis Ayu, pagi nie pun dia masih menangis kerana anak dah mula tanya.

Dari semalam tak mampu nak lelapkan mata, Bila baru nak tidur, Eqy dah start mula tanya macam-macam. Bila dia ternampak video-video muka umy dekat tiktok.Allahu Semoga aku terus kuat, Buang lah rasa sakit ini Ya Allah. Tenangkan hatiku, Semoga aku mampu kuat demi anak-anak. Aku tak mampu lagi nak sembunyikan Airmata ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Rohayu (@wanayu303)

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Rohayu (@wanayu303)

 

Sumber:SitiRohayu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *