Viral

Ini kata-kata pedas Michael Ang tentang Siti Jamu Mall nak saman Salon

Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang personaliti media sosial dan ahli perniagaan, Siti Jamumall terkilan dan mahu menyaman sebuah salon kerana telah merosakkan rambutnya gara-gara tidak tahu ‘bleach’ rambut.

Tindakannya itu membuatkan ramai tidak mempercayai ‘lakonan’ drama sedih Siti Jamumall kerana sering ‘prank’ warganet bagi memperkenalkan sesuatu produk atau raih populariti. Melihat kepada situasi berkenaan, pengarah dan penerbit, Micheal Ang turut bersuara dan mengkritik mengenai tindakan tersebut menerusi Instagram Live semalam. Micheal berkata, Siti sebenarnya tak tahu proses sebenar ‘bleaching’ rambut

“Kalau orang Asia, nak bleach rambut ambil masa sejam dua, bukannya setengah jam seperti didakwanya. Saya pun bleach rambut dan prosesnya mengambil masa. Nak propa pun agak-agaklah.”

“Rambut dia tak akan botak. Memang kalau bleach, rambut akan gugur banyak. Semua orang bleach rambut pasti akan alami keguguran rambut,”jelas Michael. Tegas Michael, tindakan Siti itu jelas mahu ‘tipu’ bagi mereka yang tidak tahu menahu mengenai ‘bleaching’ terutama rambut yang halus dan tak kuat.

Michael juga mengatakan tindakan video memuat naik video tersebut jelas menunjukkan ia hanyalah konten dan mahu memperbodohkan satu Malaysia.

“Ala.. sekarang marketing semua sanggup buat apa sahaja. Nampak sangat nak tunjuk satu Malaysia bod0.

“Kau nak buat konten boleh, tak ada sesiapa cakap tak boleh. Tapi, bolehlah konten yang boleh dipercayai sikit. Janganlah buat konten untuk orang kutuk,”ujarnya lagi.

Michael berpendapat, setiap konten yang dimuat naik sebagai ‘marketing’ terutama mengajak ramai mengutuk seakan-akan membuatkan mereka lebih dikenali.

Dalam masa sama, Micheal mencadangkan kepada Siti Jamumall untuk pergi ke salon miliknya terletak di Pavilion bagi membuat rawatan seperti bleaching dan colouring. “Jahanam rambut saya. Sekarang dah nipis, sampai nak hilang semua. Boleh tengok dah nak botak,” demikian luahannya. Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang? Rentetan itu, Siti Jamumall, 23, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia sudah berbincang dengan wakil peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya baru lepas bercakap dengan peguam dan terangkan apa terjadi. Saya tak minta banyak memandangkan perkara ini sudah terjadi, rambut pun dah rosak, jadi saya nak mereka bertanggungjawab untuk perbaiki semula rambut saya. Itu saja.

Saya dari jam 8 malam hingga 2 pagi pun tak selesai lagi. Akhirnya mereka cuba baiki sampai jam 6 pagi hari ini baru saya balik rumah. Tak tahu nak ckp macam mana. Saya cari duit dengan membuat sesi ‘live’. Kalau keadaan saya macam ni memang malu lah saya. Kalau ikutkan peguam, saya boleh saman malu dan minta ganti rugi berdasarkan berapa lama saya tak boleh ‘live’.

“Tapi saya tahu dia takkan mampu bayar kalau nak kira sekali saya ‘live’ berapa pendapatan yang dapat. Jadi saya harap mereka boleh bertanggungjawab. Kalau memang tak reti buat rambut pelanggan, janganlah. Rambut saya sihat dan tidak ada masalah pun sebelum ni,” katanya.

Tambahnya lagi, dia berdepan masalah lebih besar iaitu rambut botak jika tidak dapat diselesaikan dalam masa dua minggu.

Sumber : ohmy media.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *