Viral

“Kali Terakhir Umy Bersama Abi..” Ayu Sayu Pimpin Tangan Suami Sebelum Talak

Bagi yang bergelar suami isteri pasti cukup familiar dengan satu kisah viral dulu berkisarkan pengorbanan serta kecekalan seorang wanita bernama Siti Rohayu dalam menjaga serta merawat suaminya selepas terlantar akibat nahas jalan raya.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Tatkala mungkin ramai yang akan berputus asa untuk lihat lelaki tersebut sembuh kembali, namun Ayu atau senang digelar Umy tetap yakin demi anak-anak.

Akan tetapi, siapa sangka jodoh pasangan suami isteri tersebut tidak bertahan lama dan wanita itu dilihat memberi bayangan sedang dalam proses berpisah atas sebab tertentu.

Buat kali terakhir ku jalan kan tugas sebagai seorang isteri buat diri mu. Esok berakhir la sudah kisah kita. Andai ada salah dan silap, Maafkan diri ku sepanjang bergelar isteri mu. Maafkan aku Tak mampu nak menjadi seorang isteri yang baik buat dirimu. Maafkan aku tak mampu nak pertahankan lagi.

Segalanya salah diri ku, muncul dalam hidup mu. Akan ku undur diri demi kebaikkan semua, Redha.Terima segalanya berlapang dada. Semoga dirimu dijaga dengan baik oleh keluarga mu. Lebih baik dari aku menjaga mu. Halalkan segala2nya, Aku halalkan juga setiap nafkah yang tidak mampu kau bagi. Semoga Allah jaga dirimu wahai suami.

Terbaru pagi ini, pasangan suami isteri berkenaan dilihat telah pun datang ke Mahkamah Syariah Daerah Besut untuk urusan perpisahan itu.

Dengan cukup sayu, katanya itulah detik-detik terakhir mereka berdua sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Sepanjang berjalan masuk, Umy dan juga suami dilihat tenang bergandingan tangan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui turut sama terkesan dan sedih melihat pengakhiran rumah tangga pasangan tersebut.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan semoga selepas ini Umy tabah teruskan hidup bersama anak-anak tanpa perlu fikirkan orang lain.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber : Ayu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *