Uncategorized

Glam0r Sikit Dah Sombong..’ Setelah CikguFadli Tidak Mahu Caprice Masuk Campur, Ini Respon Caprice Siap Bagitahu Sebab Apa Cikgu Tak Nak Layan Dia

Baru-baru ini, penyanyi rap sensasi, Caprice meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas menerima respon daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh mengenai isu menerima surat tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai silibus pendidikan pada masa kini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Caprice di laman Instagramnya, dia kelihatan agak berang selepas Cikgu Fadli memberi respon yang tidak mahu melayan tawarannya untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Ujarnya, sejak daripada dahulu lagi dia telah diminta oleh pengikutnya untuk memberi pendapat dan sokongan kepada golongan yang telah ditindas oleh pihak lain.

Namun begitu, akibat tawarnnya telah ditolak, Caprice menyifatkan cikgu Fadli adalah seorang yang sombong selepas namanya menjadi bualan di media sosial.

Sebelum ini, menerusi Insta Story yang dikongsikan, Caprice mengatakan dia banyak menerima Direct Message (DM) berhubung kes terbaharu melibatkan cikgu tersebut. Disebabkan itu, dia meminta sesiapa yang mengenali Cikgu Fadli supaya menghubunginya.

Bagaimanapun, tawaran tersebut telah ditolak oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh yang tidak mahu membenarkan Caprice masuk campur dalam urusannya memandangkan dia mahu menyelesaikan masalah tersebut dengan pihak berkuasa.

Cikgu Mohd. Fadli tekad guna duit sendiri, tegas tak buka tabung

Terdahulu Guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Mohd. Fadli Salleh yang menerima surat berdepan tindakan buang kerja atau turun pangkat tekad untuk membela diri melalui tindakan undang-undang dan menggunakan wang sendiri.

Justeru, Mohd. Fadli menegaskan, beliau juga tidak berhasrat membuka sebarang tabung bantuan untuk menghadapi tindakan undang-undang sama ada melibatkan kos guaman mahupun mahkamah.

“Saya tak ada buka apa-apa tabung. Kewangan saya masih stabil dan mampu untuk bayar kos peguam dan mahkamah setakat hari ini.

“Masa depan saya tak pasti lagi. Sebab saya masih ingat masa dipanggil ke Unit Aduan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor beberapa tahun lepas, pegawai En. Zul ada berkata ‘Cikgu pasang peguam macam mana pun, susah nak menang. Kerajaan ada peguam mereka sendiri dan antara taktik mereka ialah melengah-lengahkan perbicaraan sampai bertahun-tahun lamanya. Sampai duit cikgu habis dan terpaksa mengalah’. Itu yang beliau bagi tahu saya.

“Jika teknik ini mereka guna terhadap saya sehingga saya tak mampu bayar kos guaman dan mahkamah, mungkin masa tu saya perlu bantuan kawan-kawan. Namun, untuk setakat ini, semua masih dalam kawalan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Mohd. Fadli mengingatkan ahli politik tanpa mengira mana-mana parti politik untuk tidak menggunakan isu yang dihadapi beliau sebagai modal politik.

“Umum tahu saya tak pernah berpolitik dan tak pernah mendaftar sebagai ahli mana-mana parti politik. Nak bantu sama-sama perjuangkan, silakan. Namun nak jadikan sebagai senjata dan modal politik, saya tak akan bersama kalian,” ujarnya.

Terdahulu, Mohd. Fadli mendakwa dirinya berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat daripada Kementerian Pendidikan dipercayai dengan alasan sering menegur berkaitan isu persekolahan.

Antara permasalahan yang dibangkitkan membabitkan silibus ‘kayangan’ tahun 1 terutamanya berkaitan subjek Matematik, jadual padat dan isu beg sekolah berat.

Susulan itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin sedia untuk mengadakan pertemuan dengan Mohd. Fadli bagi mengetahui lebih lanjut berhubung perkara yang dibangkitkan guru tersebut.

Bagaimanapun, Mohd. Fadli mempersoalkan keprihatinan Dr. Radzi yang baru timbul sedangkan beliau sudah lama memperjuangkan isu berkaitan sekolah sejak sekian lama.

“Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin juga ada tag saya. Nak jumpa bincang isu yang saya sebut katanya. Baru malam ini beliau respon sedangkan saya berkali-kali tag beliau sebelum ini, saya komen di hantaran beliau, saya komen di page Kementerian Pendidikan merujuk pada beliau sejak bertahun lamanya. Tak pernah beliau respon walau sekali. Baru malam ini ada respon.

“Kenapa agaknya baru malam ini? Bukan masa saya dipanggil unit integriti tahun lepas? Bukan masa saya tag dan komen pada hantaran beliau dan hantaran Kementerian Pendidikan berkali-kali sejak bertahun lama?.

“Agaknya setelah melihat kebangkitan rakyat yang terlalu kuat, baru Yang Berhormat (Radzi) terus respon nak jumpa saya. Apa pun alasannya, tak apalah. Saya bersangka baik Yang Berhormat cuba memahami denyut nadi dan luahan akar umbi,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Fadli memohon maaf kepada mana-mana media yang menghubungi beliau untuk menemu bual.

Katanya, ini kerana beliau masih penjawat awam dan tertakluk kepada peraturan-peraturan penjawat awam.

“Saya tak boleh bersiaran atau mengeluarkan kenyataan pada pihak media tanpa kelulusan Kementerian Pendidikan,” jelasnya. –UTUSAN

Sumber: Instagram @capricedaddycap

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *