Viral

Pernah Dilabel Isteri Paling Setia Walau Suami Lumpuh, Siti Rohayu Beri Bayangan Akan Berceraii

Lebih 91 hari terlantar koma sehinggalah turut hampir kehilangan ingatan, kisah seorang suami yang dijaga isteri bernama Siti Rohayu atau Ayu dahulunya pernah menjadi perhatian ramai.

Mana taknya, wanita itulah yang paling setia bersama dan tak pernah give up untuk melihat pasangannya itu sembuh seperti sedia kala.

Kini suami dah hampir pulih sepenuhnya…Tapi dah tiada gambar bersama.

Siapa sangka kini wanita itu mampu tersenyum tatkala melihat Muhammad Ridhwan Mohd Zaki sudah pun hampir pulih sepenuhnya.

Malah sempat tular sebelum ini rakaman ketika lelaki tersebut sakan bernyanyi membuktikan rasa sayang dan cintanya kepada isteri.

Walau bagaimanapun, terkini melalui tinjauan sudah tidak ada lagi gambar atau video si suami di mana-mana media sosial milik Ayu.

“Maafkan Umy semua, sebab tak mampu nak jadi insan kuat untuk teruskan dan pertahankan.”

Menerusi satu posting di Facebook, Ayu sempat memuat naik status beri bayangan seakan-akan sedang dalam proses berpisah dengan pasangannya itu.

Jelas wanita tersebut, meskipun berat namun dia akui sudah cukup penat psikologi dan juga fizikal untuk mempertahankan rumah tangga berkenaan.

“Biarlah kini anak-anak dan juga diri sendiri menjadi keutamaan.

Allah kenapa bila Abiy dah sihat baru jadi begini…Entah di mana silapnya orang melihat kesilapan umi.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sedih dan juga terkejut saat mengetahui perkembangan terbaru pasangan suami isteri berkenaan.

Dalam pada itu, ramai juga mendoakan semoga Ayu terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam membesarkan dua zuriatnya.

Kredit: Facebook Siti Rohayu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *