Viral

Tak makan nasi 2 minggu & konsisten ‘workout’, Fasha Sandha bangga dapat turunkan berat!

Baru-baru ini, pelakon popular, Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkongsi kegembiraannya kepada umum apabila dia berjaya menurunkan berat badannya hasil daripada tidak makan nasi selama dua minggu dan konsisten melakukan workout.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Fasha di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur melihat perubahan berat badan yang dialaminya selepas bersusah payah untuk mencapai hasratnya mendapatkan bentuk badan ideal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

 

“Alhamdulillah tak makan nasi 2 minggu je and hari-hari workout berat turun 3.8kg. Tapi keseronokan tu macam turun 38 kilogram.
“Oh ya, mengikut ketinggian saya,s aya tak overweight mahupun obese. Bmi saya kategori normal, tapi saya nak runcing lagi untuk pengambaran watak heavy Dec nanti. Doakan saya ya!,” Ujarnya.

Bukan itu sahaja, aktres yang berusia 38 tahun itu turut mendedahkan dia terpaksa memilih kaedah secara semula jadi dan akui alami halangan serta kesusahan untuk menurunkan berat badan disebabkan oleh genetiknya.

“Memandangkan saya tak memilih jalan pintas dan singkat, kena la bersiksa dan struggle. Jujur cakap, genetik saya genetik besar-besar, jadi memang kena mental kuat nak kurus ni… doakan saya capai 60kg  berjaya ya kesayanganku.
“Personal Training (PT) saya cakap, saya kena berbangga, sebab pernah mengandung 5 kali (2 kali keguguran) dan pernah melahirkan C-ser 3 kali , tapi BMI masih normal,” katanya.

Sumber: Instagram @fashasandha / OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *