Uncategorized

“Bagilah Saya Yang Tunjuk” – Neelofa

Semua sedia maklum , sejak pagi tadi terdapat satu foto tersebar yang difahamkan ia adalah wajah anak lelaki pengacara serta usahawan terkenal, Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Susulan gambar yang kini sudah tersebar luas di platform media sosial, Neelofa mengakui berasa amat terkilan apabila mengetahui hal ini.

Dalam pada itu, Neelofa juga beranggapan individu yang menyebarkan gambar terbabit seolah-olah tidak menghormati privasinya serta keluarga yang tidak mahu wajah anak diketahui ramai buat masa ini

 

Tambahan usahawan terbabit, seharusnya dia sebagai ibu yang perlu menjadi orang pertama dan selayaknya menyebarkan wajah anak kepada umum, lagi-lagi dia serta suami sudah merancang bila mahu keluarkan muka Bilal.

Mengulas lebih lanjut berkenaan isu ini, Neelofa berharap agar orang ramai memberi ruang dan tidak fokus lagi kepada anak lelakinya itu.

Sekadar info, Neelofa telah dijumpai di majlis sidang media Next To Neelofa 2 di Bukit

Jalil pada hari ini oleh pihak Harian Metro.

bilal foto muka anak neelofa