Uncategorized

Shuib Suruh Tanya Ketua Saluran Astro Ria Kenapa Nama Dia Tiada Dalam Sepahtu Reunion Live. Ini Reaksi Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima

Kena tanya Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, kenapa saya tiada pada program Sepahtu Reunion.”

Demikian ringkas kata pelawak dan penyampai radio Shuib susulan kenyataan pelawak, Rahim yang mana pihaknya terbuka sekiranya Shuib ingin menjayakan program itu atau sebarang kerjasama pada masa akan datang.

Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, dia enggan mengulas lanjut berkenaan isu itu.

“Rasanya untuk isu ini baik Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh atau JR yang jawab. Boleh tanya dia kenapa saya keluar Sepahtu Reunion.

“Sebab yang dulu pernah bagi jawapan pihak pengurusan tertinggi, yang lain semua dalam tu kawan-kawan. Kami semua baik.

Saya tak nak cakap lebih mengenai ini sebab takut nanti melukakan hati ramai pihak,” katanya kepada Harian Metro.

Shuib Muncul Dalam Episod Terakhir Sepahtu Reunion, Mengundang Rasa Sebak Netizen

Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata, pihaknya sudah pernah memujuk dan menawarkan untuk Shuib kembali bersama dalam program itu.

“Sudah tentu pernah cuba pujuk dia. Namun kerana komitmen dan fokus utama Shuib kini adalah pada perniagaan, maka kami menghormati keputusan itu.

Walau bagaimanapun, kami sentiasa terbuka dan berbesar hati untuk Shuib kembali bekerjasama dalam Sepahtu Reunion andai diizinkan Allah.

“Ketiadaan Shuib memang satu kehilangan besar. Shuib tetap memberi sokongan kepada kami dan Sepahtu.

Dia pernah muncul sebagai cameo dalam salah satu episod Sepahtu Reunion Live musim lalu.

Komitmen sebagai cameo hanya memerlukan Shuib datang pada hari siaran langsung sahaja dan tiada sesi latihan diperlukan,” katanya.

Menurut Norzeha, Shuib juga ada terbabit dalam beberapa program terbitan Astro yang lain.

“Shuib turut muncul sebagai juri bersama Jep, Pak Ya dan Rahim dalam Mencari Sepahtu Yang Hilang pada awal tahun ini. Malah, pembabitan Shuib dalam program-program Astro akan datang lebih kepada penjurian dan pengacaraan kerana tidak memerlukan komitmen jangka masa panjang,” katanya.

Tak sertai jelajah Sepahtu, Shuib bukan merajuk – Rahim

Terdahulu akhbar ini melaporkan, pelawak dan penyampai radio Rahim menjelaskan tidak timbul isu bermasam muka biarpun Shuib kini tidak lagi bersama program Sepahtu Reunion.

“Saya tak pasti jika sebelum ini ada Shuib merajuk, mungkin dia terasa hati dengan industri tetapi bukan dengan kami”.

Itu penjelasan anggota Sepahtu, Rahim Mat Ali mengenai ketiadaan anggota Sepahtu, Shuib dalam acara Sepahtu Reunion Live Tour yang bermula pada 11 Oktober hingga 18 November depan.

Rahim yang juga penyampai radio memaklumkan sehingga kini mereka masih berhubung seperti biasa, malah sesekali punya waktu terluang akan berjumpa di lapangan golf.

Katanya, mungkin perkara tersebut diperkatakan selepas Shuib tidak menyertai siri jelajah ke Johor, Terengganu dan Kedah yang dijadualkan bermula pertengahan bulan ini.

“Kami sudah mempelawa Shuib, namun tetap menghormati keputusannya mahu memberi tumpuan terhadap keluarga dan perniagaan.

“Saya pun tak pasti kalau sebelum ini Shuib ada merajuk. Mungkin dia terasa hati dengan industri. Antara kami tiada apa isu dan baik-baik sahaja.

“Sebelum ini pun dia pernah muncul dalam Sepahtu Reunion, cuma untuk jelajah yang pertama kali diadakan nanti kami tak boleh dedahkan perincian, siapa tahu ada kejutan.

“Apa pun kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Shuib atau sesiapa pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di sidang media Sepahtu Reunion Live Tour, baru-baru ini.

Selain Rahim, jelajah yang diadakan julung kali itu turut disertai Jep, Pak Ya dan Ebby Yus, selain barisan artis jemputan iaitu Erra Fazira, Uqasha Senrose, Siti Elizad dan Afifah Nasir.

Menerusi Sepahtu Reunion Live Tour, setiap yang terlibat akan talpil sebanyak dua kali di setiap lokasi sekali gus memberikan cabaran tersendiri untuk mengekalkan momentum.

“Sudah pasti ada cabaran tersendiri yang membuatkan kita lagi bersemangat untuk menghasilkan bahan terbaik supaya menjadi kenangan kepada penonton.

“Dari segi persiapan boleh dikatakan semuanya berjalan lancar. Mengenai perincian kandungan pula, segala-galanya masih dalam perbincangan.

“Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kami memulakan siri jelajah ini, perasaan kami sudah tentu teruja mahu bertemu penyokong setia Sepahtu,” kata pelawak berusia 52 tahun itu.

Sepahtu yang sudah sedekad mengekalkan momentum dalam arena hiburan bakal memulakan jelajah di Pasir Gudang, Johor pada 14 dan 21 Oktober disusuli Gong Badak Terengganu (28 Oktober dan 4 November), sebelum ke Kedah pada 11 dan 18 November.

Tiket-tiket Sepahtu Reunion berharga antara RM20 hingga RM50 kini boleh didapati menerusi www.ticket2u.com.my. –

kredit:kosmo/trendingsangat

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *