Uncategorized

(video) “Respect.. jarang2 dibuat oleh pihak bank..” Ibu Str0k3 Tertinggal ic Di Rumah, Tindakan Pegawai Bank Mudahkan Urusan Ibu Ini Dapat Pujian Ramai

video) “Respect.. jarang2 dibuat oleh pihak bank..” Ibu Str0k3 Tertinggal ic Di Rumah, Tindakan Pegawai Bank Mudahkan Urusan Ibu Ini Dapat Pujian Ramai

Pada zaman kini, banyak manusia yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan akan kesusahan orang lain sehingga ramai yang berfikir masih adakah manusia yang ‘baik’ pada masa kini?

Namun, tidak perlulah kita ‘memukul rata’ kerana secara dasarnya, masih tersisa lagi orang baik di dalam dunia ini persis cerita yang tular baru-baru ini dimana seorang pegawai bank membantu seorang makcik strok mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @s.nass, dapat kita lihat seorang pegawai bank cawangan Machang, Kelantan sanggup datang ke sebuah kereta salah satu pelanggan untuk memudahkan urusan ibunya mengeluarkan duit.

Difahamkan, ibunya merupakan pesakit strok namun tertinggal kad pengenalan asal di rumah yang memakan masa 2 jam perjalanan untuk pulang dan hanya mempunyai salinan saja bersamanya ketika itu.

Ada IC copy je. Nak balik rumah ambil kad IC, jauh. Ambil masa 2 jam pula. Tapi dengan jasa baik budi bicara pihak bank, Alhamdulillah boleh.”

Pihak bank bukan hanya membenarkan proses tersebut menggunakan salinan kad pengenalan malah salah seorang pegawai sanggup datang ke kereta untuk mendapatkan cap jari ibu wanita ini.

Wanita ini juga akui kita perlu rendah diri jika melakukan kesilapan atau kecuaian agar orang lain dapat membantu dengan hati yang terbuka.

lihat video

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan cara layanan pegawai bank termasuklah budi bicara pihak bank atas situasi tertentu.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar pegawai bank memberi kelonggaran terhadap warga emas yang tidak mampu untuk masuk berurusan di pejabat.

Antara komen warga maya:

“Ni baru betul datang kat kereta.. bukan yang sakit terpaksa bawa masuk sekali dengan katil..”

“Bila kita permudahkan urusan orang lain Allah akan permudahkan urusan kita”

“Respect.. jarang2 dibuat oleh pihak bank..”

sumber: yoy.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *