Uncategorized

“Ikut sangat Kpop sampai emas pon dia pakai, macam buat ‘drip whitening’ pon ada…” – Netizen pelik melihat ‘fashion’ Hael Husaini

Hal Husaini Razmi atau lebih dikenali sebagai Hael Azhael atau Hael Husaini merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lagu dan penulis lirik Malaysia.

Beliau berumur 34 tahun dilahirkan pada 10 Disember 1987. Kerjaya Husaini dalam bidang muzik bermula dengan sesi uji bakat untuk rancangan realiti One In A Million (OIAM) pada tahun 2006.

Pada tahun 2009, Hael pernah menganggotai kumpulan Evo bersama rakan duonya, Erul Samah dalam Mentor TV3.

Mereka merupakan protege kepada Jaclyn Victor. Beliau mengeluarkan lagu solo pertama, “Seandainya” sebelum disusuli dengan album mini. Pada tahun 2013, Hael bersama temannya, Azhar Osman menubuhkan kumpulan duo, Azhael dan dinobatkan sebagai Naib Juara dalam Akademi Fantasia Musim 10.

Lagu debut mereka berjudul “Hentian Terakhir” yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Damien VE berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok miliknya iaitu haelhusaini menunjukkan Hael sedang berjalan menuju ke pentas.

Klip video tersebut menunjukkan Hael sedang berjalan menuju ke pentas untuk membuat persembahan di Konsert Cuckoo ulangtahun ke-8.

Pakaian dan aksesori yang dipakai olehnya mendapat keca.man apabila netizen dapat melihat Hael sedang memakai rantai emas.

Rata-rata netizen mengatakan bahawa, walaupun beliau mahu mengikut ‘trend’ masa kini, beiau masih tidak boleh memakai barangan emas.

Ada juga yang komen tentang kecerahan kulit muka beliau. Netizen mengatakan bahawa beliau terlebih memakai bedak untuk mendapat tona kulit secerah itu.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 1.0M tontonan, 49.4K sukaan dan 1997 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

 

@Suziana Lucy Johnny:macam artis Korea..jauh berubah dah penyanyi kita ni

@Annebidara:Dah mcm. Korean dah dia ni

@ili m²:rantai emas ke tu

@Nur Azzah Zulkufli:ada sedih part rantai tu. Alaaaaa… xyah rantai pun da ok kot

@@bibakuning:emas ke zhulian ke korea ke tetap x boleh pakai..hmmmm awat dia jadi mcm tu ehhh…

@Suhana Ariffin395:tu la tertanya jgk if btl pun lari dah dia dari landasan islam..kesian..

@Ariana Noriana:puti lepak now pandai jaga kulit oppa hael ya halus muluss takkan guna safi ni

@Zila_LisyaRianaQeem:Tiber putih melepak..Jmpe dl xde la putih mcm ni..

@arisya_hamiza:dah jadi artis duit pun byk.. mcm2 benda boleh buat. apa nak herankan..

@sarahyusof:drip memg la bleh putih

 

 

Sumber: Tiktok, Wikipedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *