Viral

“Nilai Pada Bakat, Bukannya Imej..”-Dolla Minta Henti Persoal Penampilan Seksi

Penampilan ahli kumpulan Dolla seringkali mengundang kecaman ramai apabila ia dilihat sangat keterlaluan dan hanyalah menjual imej seksi semata-mata jika dibandingkan dengan bakat serta kebolehan sedia ada.

 

Tidak kurang juga, ramai mengatakan Dolla yang terdiri daripada empat ahli iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya seolah-olah meniru kumpulan tersohor Korea Selatan, BLACKPINK.

 

 

Bagaimanapun, salah seorang anggota Dolla iaitu Sabronzo memaklumkan mereka enggan mengambil peduli dengan pandangan negatif ramai, sebaliknya memberikan tumpuan sepenuhnya bagi mempertingkatkan kerjaya seni.

 

“Keutamaan kami adalah muzik dan kerjaya. Tetapi, setiap orang mempunyai pandangan dan hak untuk bersuara.

 
“Seperti penyanyi lain, kami juga mahu bakat dan kebolehan yang kami ada untuk dinilai serta diberi perhatian, bukannya penampilan,”ujar Sabronzo.

 

Sabronzo berkata, Dolla hanya mampu lakukan yang terbaik untuk kumpulan mereka lebih maju dan kembangkan bakat.

 

 

Dalam pada itu, Sabronzo berharap agar isu penampilan ini tidak dipanjangkan lagi dan pastinya dengan kecaman yang diterima baru-baru ini membuatkan mereka lebih berhati-hati soal imej.

 

“Kami akur untuk memperbaiki imej dan akan mematuhi cara pemakaian yang lebih bersesuaian. Kami mahu terus bergetak ke depan dan sudah tentunya, kami akan lebih berhati-hati,”katanya lagi.

 

Mengulas lanjut, Sabronzo meluahkan kekesalan kerana mereka terlepas pandang mengenai imej ‘seksi’ sewaktu membuat persembahan di festival Good Vibes Weekender.

 

Jelasnya, mereka hanya memberikan tumpuan lebih kepada persembahan pada malam tersebut memandangkan diberi peluang untuk beraksi pada slot pembukaan.

 

“Fokus kami lebih kepada persembahan pada malam itu memandangkan diberi peluang untuk beraksi pada slot pembukaan.

 

“Jadi, banyak perkara yang kami fikirkan. Kami akui, kami terlepas pandang akan perkara tersebut,” ujarnya.

 

Dikesempatan itu, Sabronzo berharap agar orang ramai tidak terus menghakimi mereka, malah berjanji perkara tersebut tidak akan berulang pada masa akan datang.

 

Sumber: Utusan Malaysia (Mohammad Al Faizal Abdul Karim) / OMM

 

 

Isu pakaian seksi, Dolla mohon maaf – “Kami terlepas pandang..”

 

Kumpulan Dolla tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi penampilan seksi mereka ketika menjayakan persembahan dalam sebuah festival muzik, baru-baru ini.

 

Menurut laporan Utusan Online, Sabronzo yang mewakili ahli kumpulannya berjanji akan memperbaiki dan berhati-hati dalam mengenakan penampilan pada masa akan datang.

 



“Kami ingin memohon maaf atas apa yang berlaku. Kami akan memperbaiki penampilan kami dan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

 

“Impak kontroversi ini terlalu besar buat kami. Justeru, kami akan memperbaiki kelemahan dan bergerak ke depan.

 

“Apa yang berlaku adalah kecuaian kami yang terlepas pandang tentang perkara ini. Kami berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.

 

Sabronzo atau nama sebenarnya Sabrina Rusli berkata demikian pada majlis pelancaran lagu Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat, malam tadi.

 

Terdahulu, kumpulan dianggotai empat jelitawan itu dikecam netizen apabila dikatakan berpakaian mencolok mata ketika membuat persembahan di sebuah taman tema air popular.

 

Malah, pakaian mereka juga dibandingkan dengan ahli kumpulan 2NE1 dari Korea Selatan iaitu Lee Chae-rin atau CL yang turut menjayakan festival muzik berkenaan.

 

Sumber: Utusan Online (Mohammad Al Faizal Abdul Karim) / OMM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

 

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *