Viral

Dituduh bergambar mesra dengan Mat Sabu, isteri DDNK buat laporan polis

Baru-baru ini, isteri kepada Datuk Dr Mohd Nazri Khan iaitu Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris meluahkan rasa kecewa apabila ada individu yang menyebarkan fitnah kepadanya dengan mendakwa dia adalah wanita bersama seorang ahli politik, YB Haji Mohamad Sabu.

Kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu, menerusi hantaran di Instagramnya, Ernie telah tampil membuat laporan polis susulan kejadian yang telah memalukan dia dan suaminya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ernie Rossmerie (@ernierossmerie_)

 

 

 

Bagaimanapun, dua orang individu yang dipercayai telah menyebarkan fitnah ke atas isteri pakar saham itu telah memuat naik hantaran mohon maaf atas keterlanjuran mereka dalam menyebarkan perkara yang tidak sahih kepada umum di media sosial.

 

Kesiannya Ernie, kena fitnah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong dan bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh Ernie memandangkan ramai pihak yang telah mengambil kesempatan untuk menggunakannya sebagai bahan kecaman selepas berkahwin dengan suaminya.

Semoga dipermudahkan urusan!

Malah, mereka turut mendoakan agar urusan Ernie akan dipermudahkan dan sentiasa kuat dalam menghadapi dugaan fitnah yang dilemparkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab di media sosial.

Sumber: Instagram @ernierossmerie_

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *