Viral

Baru Saja Ifa Raziah Beli Emas Harga Lebih RM100,000, Rupanya Ini Yg Terjadi Dkt Beliau Hingga Dia Beli Emas

Selebriti versatil, Ifa Raziah tampil menjelaskan mengenai video keberadaannya di sebuah kedai emas yang tular selepas dia didakwa berbelanja lebih RM100,000 bagi membeli barangan kemas bersaiz dempak, baru-baru ini.

Ifa menjelaskan pembelian tersebut sebagai pilihan hadiah daripada suami, Mohd Yani Abdul Rahman bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-47.

“Iya ini hadiah paling bermakna. Awalnya suami suruh pilih, nak LV (Louis Vuitton) atau set barangan kemas. Sebab saya memang peminat LV. Kalau ditawarkan beg jenama lain pun saya tak mahu.

“Tapi saya cakap dengan suami, tak mahu beg sebab sudah ada banyak, penuh almari. Cukup-cukuplah. Sekarang saya nak buat ‘investment’ demi masa depan.

“Saya nak jadi pengumpul emas. Sebab besok katalah suatu hari berlaku sesuatu pada kita.

Dengan pandemik selama dua tahun yang membuatkan ramai terjejas seluruh dunia membuatkan saya mahu menyimpan.

“Menyimpan daripada segi wang tunai dan emas. Kita tahu walau macam mana pun berlaku pada ekonomi, emas tetap ada nilainya.

“Malah manalah tahu kalau saya pun tak sesenang hari ini, nak jual beg beg mungkin tiada nilai.

Jadi lebih baik saya laburkan kepada sesuatu yang lebih bernilai, ada manfaat pada saya di kemudian hari,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai dakwaan menunjuk-nunjuk susulan harganya yang mencecah harga ratusan ribu ringgit itu, ini reaksi Ifa;

“Ikut majlis, bukan hari-hari saya pakai. Samalah macam kalung ‘love’ besar yang saya beli dulu.

Yang lain-lainnya kecil sahaja untuk kegunaan harian.

“Cuma saya ada kunjungi beberapa buah kedai emas lain, tapi inilah antara rekaan yang dipilih suami untuk saya.

Simbolik cintanya kepadaku (rekaan berbentuk ‘love’). Malah suami kalau boleh nak satu set. Hanya yang ini ada set.

“Bila pakai yang begini (emas bersaiz dempak) memang akan ditemani pengawal peribadi dalam empat atau lima orang.

Bergantung kepada majlis yang dihadiri. Malah habis sahaja majlis, saya akan buka dan simpan,” katanya.

Atas sebab minat jugalah, Ifa kini mulai belajar cara pengurusan barangan kemas dan tidak menolak kemungkinan untuk membuka kedai emas sendiri selepas ini.

Terdahulu, Ifa ditemui pada majlis sambutan hari hadinya yang turut diraikan oleh rakan selebriti dan usahawan di Red Box The Gardens, Kuala Lumpur, Khamis.

Sebelum ini Ifa Raziah mengaku menggunakan khidmat lima pengawal peribadi yang mengawasinya setiap masa terutama setiap kali menggayakan barang kemas bernilai ratusan ribu ringgit untuk menghadiri majlis keraian.

 

Ifa atau nama sebenar, Saripah Raziah Mustapha sedar risiko dihadapi setiap kali tampil dengan barang kemas mahal di acara keraian atau program berkaitan seni.

“Saya akur dan jelas apa yang dilakukan (menggayakan barang kemas mahal di khalayak) boleh mengundang perkara tidak diingini.

Saya berjaga-jaga dengan menggunakan khidmat lima pengawal peribadi untuk menjaga dan memantau keselamatan diri terutama apabila keluar rumah menggayakan barang kemas bernilai ratusan ribu ringgit,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Ifa berkata, dia tidak memakai aksesori mahal setiap waktu.

“Bukan hari-hari saya pakai aksesori begitu. Saya hanya pakai untuk menghadiri majlis tertentu,” katanya.

Ifa yang popular dengan lagu Ser Ser Ser berkata, kecenderungan bergaya cantik dan menyarung aksesori mahal didorong keinginan memberi motivasi atas usaha kerasnya membina legasi dalam perniagaan.

Saya tidak nafikan mentaliti masyarakat di mana usahawan perlu menunjukkan aset bagi membuktikan dirinya berjaya dan boleh dipercayai. Ramai usahawan buat perkara sama.

“Saya mencari rezeki bukan sebagai artis, sebaliknya, sebagai ahli perniagaan dan pengasas produk.

“Sudah menjadi teknik pemasaran zaman sekarang di mana pelanggan mahu tengok aset dimiliki barulah dilihat berjaya.

“Kalau tidak tayang kereta mewah atau koleksi emas yang banyak, anda mungkin dianggap tidak berjaya. Itu pandangan dan mentaliti segelintir masyarakat kita,” katanya

“Banyaknya Duit Dia!” – Netizen Tergamam Ifa Raziah Beli Emas Lebih RM100,000

Terbaharu, penyanyi berusia 47 tahun itu sekali lagi mencuri perhatian apabila berbelanja lebih RM100,000 di sebuah kedai emas.

Menerusi perkongsian @emasrozita di TikTok, Ifa kelihatan sedang menyarungkan rantai dan cincin emas bersaiz besar.

 

Di dalam video berkenaan, Ifa berbelanja emas sebanyak RM100,010 adalah sempena hadiah hari jadinya pada hari ini.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen tergamam dengan harga emas yang dibelanjakan dan jumlah wang yang dimiliki Ifa.

Selain itu, ramai yang turut meluahkan rasa gembira dan syukur dengan rezeki Ifa yang mampu berbelanja sebegitu.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.