Uncategorized

Menitis Air Mata Sajat, Tahan Sebak Bakal Jumpa Anak-Anak. Lokasi Dia Akan Jumpa Di Beritahu

SETAHUN selepas melarikan diri ke Australia, usahaawan Sensasi Nur Sajat kini berada di Singapura atas urusan perniagaan.

Biarpun dapat menjejakkan kaki ke Singapura, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dilihat sedih kerana merindukan dua anak angkatnya yang ditinggalkan bersama keluarga di Malaysia.

Sajat yang meluahkan perasaannya itu dalam salah sebuah video siaran langsung di TikTok turut mengalirkan air mata sambil menahan sebak kerana terlalu merindukan anak-anaknya.

Menurut usahawan itu, dia sudah lama tidak berjumpa dengan anak-anaknya dan akhirnya mereka bakal bersatu semula.

Sajat tak sabar nak berjumpa semula dengan anak-anak di Singapura

“Saya dah lama tak jumpa anak. Beberapa jam lagi saya akan jumpa anak…akhirnya saya akan jumpa anak saya. My true love,” ujarnya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati akan keadaan usahawan berkenaan selain turut menasihati agar dia menyerah diri kepada pihak berkuasa.

“Apa yang dibuat salah tapi perasaan dia valid. Tak perlu larikan diri lagi, pergi kedutaan serah diri je. Berkorban untuk anak tak apa.

“Siapa pun dia, percayalah dalam diri dia terlalu rindu suasana ketika bersama keluarga dan anaknya. Rindu yang tak dapat diungkap.

Akhirnya saya akan jumpa anak saya!

“Balik la Jat, kami pun rindukan Jat. Buka buku baru tutup buku lama,” kata netizen.Video berdurasi 37 saat itu telah ditonton lebih 900,000 tontonan sejak dimuat naik.

 

“Kesian kat anak2 dia..” – Adik Sajat

Terdahulu wanita bernama Nur Mustika Kamaruzzaman terbabit mengakui penat melayan segala pertanyaan netizen tentang jantina Sajat.

“Memang penat nak jawab soalan macam ni, sejak Sajat famous yang paling terkesan nak menjawab soalan itu adalah saya sebab muka kami serupa.

“Orang sampai tak tahu yang Sajat ada adik-beradik lain sebab muka mereka tak sama macam saya,” ujarnya kepada mStar.

Sajat sebenarnya seorang pendiam

Mesra disapa Ika, wanita itu turut mendedahkan peribadi sebenar Sajat yang berbeza dari apa yang ditampilkan di laman sosial iaitu dia disifatkan sebagai seorang yang pendiam.

“Dia diam dan jenis yang memerhati. Bila dia bercakap jadi kelakar sebab dia bukan seorang yang ‘talkative’. Dia banyak berfikir,” ujarnya lagi.

Keluarga tak tahu Sajat di mana

Dalam pada itu, apabila disoal tentang kedudukan abangnya yang masih menjadi misteri, Mustika mengakui bahawa dia sendiri tidak mengetahui perihal Sajat.

“Saya tak tahu fasal Sajat dan kalau boleh tak nak ambil tahu, bukan sebab tak kisah pasal dia… tetapi saya ada kehidupan saya sendiri.

“Apa yang dia tengah lalui itu terlalu besar, mungkin hanya dia sahaja yang boleh selesaikan. Kuat dia tu kan? Kalau fikir balik, saya pun tak kuat macam dia,” katanya.

Kesian anak2 Sajat, lama tak jumpa

Bercerita tentang keadaan anak angkat Sajat iaitu pasangan kembar Syaza dan Syahmi, Mustika meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak berkenaan yang sudah lama tidak bertemu dengan Sajat.

“Ika kesian dengan anak-anak dia. Disebabkan muka Ika macam dia, anak dia tengok je Ika tau. Lama dah tak jumpa Sajat. Terhuyung-hayang dia, dengan siapa dia nak bermanja?” luahnya penuh emosi.

Baru-baru ini, Mustika juga ada berkongsi video bersama salah seorang anak Sajat bernama Syaza di aplikasi TikTok. Ternyata perkongsian tersebut mengundang sebak dalam kalangan netizen yang simpati dengan nasib kanak-kanak itu.

Menjengah ke ruangan komen di Instagram mStar, rata-rata netizen mendoakan agar Sajat menyerah diri kembali pulang ke pangkuan keluarga.

Dalam pada itu, ada juga yang memuji kecantikan adiknya itu.

Baliklah Sajat, kesian kat orang sekeliling kau

kredit: mstar, omm, trendingsangat

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *