Uncategorized

Usahawan dilarikan 3 lelaki, tersebar rakaman CCTV mngsa diheret masuk kereta

Seorang wanita dipercayai diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira jam 4 petang semalam.

Menurut laporan BH Online, mangsa Rosnazirah Mohd Naim yang juga ejen jualan kosmetik disyaki dilarikan tiga lelaki tidak dikenali dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.

RAKAMAN VIDEO ADA DI AKHIR ARTIKEL INI

Waris berkata, salah seorang lelaki mengetuk pintu rumah dan memberi salam sebelum dibuka oleh mangsa yang berusia 36 tahun itu.

Dakwa waris lagi, semua lelaki itu turut mengugut bapa dan anak perempuan mangsa sekiranya berani membuat sebarang tindakan.

Berdasarkan maklumat diterima, pihaknya memaklumkan bahawa Rosnazirah dibawa ke arah Pengkalan Kubor sehingga suami mangsa turut bergegas ke lokasi namun gagal ditemui.

Malah, dia juga tidak pasti jika terdapat pihak tidak berpuas hati dengan Rosnazirah berhubung perniagaan selain ibu bapa mangsa masih bersedih dengan kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pihaknya menerima laporan dan sedang menyiasat selain menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi .

Menerusi pemerhatian di media sosial, rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu tular sejak pagi tadi sehingga meraih pelbagai reaksi warganet.

 

 

 

LIHAT VIDEO : SILA CLICK DI SINI

 

Sumber: BH Online (Siti Rohana Idris) , Facebook Kelantan State

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *