Viral

Heboh Gambar Bilal Tersebar, Akhirnya Neelofa Tampil Bersuara.

Wajah anak kesayangan pasangan selebriti Neelofa dan pendakwah bebas PU Riz atau Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal sehingga kini masih belum didedahkan.

 

Bagaimanapun, tersebar sebuah foto memperlihatkan seorang bayi lelaki yang seakan-akan anak sulung pasangan itu di TikTok.

 

Menerusi perkongsian video tersebut, netizen ingin mengetahui kesahihah foto tersebut yang didakwa merupakan putera kesayangan Neelofa.

 

“Nak tanya… betul ke ini gambar Bilal, anak Neelofa? Comel betul,” tulis netizen di perkongsian tersebut. Rata-rata netizen di ruang komen tersebut turut teruja melihat foto bayi lelaki yang comel tersebut dan beranggapan anak kecil itu sememangnya Bilal.

 

Enggan membiarkan netizen berterusan membuat andaian sendiri, bekas pengacara program MeleTOP itu tampil membalas persoalan mengenai anaknya.

 

Malangnya, Neelofa memberitahu foto tersebut bukanlah anaknya namun memuji bayi tersebut sangat comel. “Hehe, sorry (maaf) semua, ini bukan Bilal. Tapi comel masyaAllah,” balas Neelofa di ruang komen video tersebut.

 

Terdahulu Neelofa ada kongsi satu video, dalam video itu, Bilal sedang menepuk meja dengan kedua-dua tangannya selepas dipercayai diberi makan. “First fingger food! Habis dia penyek dengan tangan sado dia,” tulis isteri kepada PU Riz dalam video itu.

 

Itu bukan Bilal - Neelofa - Kosmo Digital

Menerusi video itu Neelofa hanya menutup wajah Bilal dengan gambar ‘sticker’ IG kecil tetapi dalam masa yang sama mendedahkan wajah ankanya lebih banyak dari biasa yang dikongsikan.

 

Dalam pada itu juga dalam video berkenaan jelas menampakkan rambut lembut bayinya berwarna keperangan. Rata-rata mula memuji wajah Bilal yang dibayangkan seorang anak lelaki kacak.

 

“Nampak sipi-sipi pun dah handsome,” puji salah seorang pengikutnya. “Rambut pun perang comel sangat,” kata salah seorang warga maya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by neelofa.fans (@lofa.world)

 

“Kulit macam mat salih,” komen salah seorang netizen. Dengan video terbaharu itu, rata-rata turut mengatakan Neelofa seperti sudah tidak sabar menunjukkan wajah anak lelakinya.

 

“Macam Jayden masa kecil nampak dari tepi,” kata salah seorang warga net “Neelofa tak sabar nak tunjuk sebenarnya,” komen salah seorang pengikutnya.

 

“Tak lama lagi penampakan Bilal akan muncul,” syak salah seorang netizen. Terdahulu, Neelofa dan PU Riz menyatakan pendirian mereka untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka sehingga tiba waktu yang sesuai.

 

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.