Viral

Tujuh Tahun Bersama, Pelakon Nad Zainal Umum Dah Bercerai. Ini Kata-Kata Beliau Buat Peminat Terkejut

Kuala Lumpur – Tiada angin tiada ribut, pelakon Nad Zainal mengesahkan sudah berc.erai dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin baru-baru ini.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, mengakui ikatan perkahwinan yang terjalin sejak tujuh tahun lalu sudah terl.erai, namun aktres berkenaan menolak untuk mend.edahkan tarikh perpisahan mereka.

Sekadar info, Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.

Beliau mula diperkenalkan menerusi drama televisyen berjudul Impian Sunsilk Impian pada tahun 2008, seterusnya muncul dalam sitkom BloggerBoy.

Nad menjadi tumpuan media menerusi watak Kay lakonannya dalam siri drama remaja Memberku Hawa serta peranannya sebagai Inas dalam Bukan Bidadari yang kedua-duanya bersiaran di TV3.

Saya Baik-Baik Sahaja

“Keputusan untuk berp.isah bukan satu perkara mudah. Ya, kami sudah berc.erai, baru-baru ini. Perceraian ini juga dicapai dengan kata sepakat kami berdua,” katanya.

“Paling utama, saya perlu kuat untuk meneruskan hidup dan membesarkan dua cahaya mata serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal,” katanya lagi.

Demikian kata pelakon terkenal Nad Zainal mengenai keadaan dirinya selepas sah berc.erai dengan suami, Muhammad Faliq Amiruddin, 34.

Nad, 32, atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin ketika dihubungi bagaimanapun enggan mend.edahkan butiran perceraian mereka.

“Betul, kami sudah berc.erai. Tapi saya minta maaf sebab kami dah bersetuju tak nak kongsi lebih lanjut. Minta maaf sangat,” katanya.

Menurut Nad, dia dan bekas suami masih baik selain kini mahu memberi fokus kepada kerjaya.

“Sekarang ini anak-anak dengan saya. Hubungan dengan bekas suami juga baik. Saya okay saja. Saya nak kerja saja sekarang,” katanya.

Terdahulu, Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.