Viral

“Kau Tak Diperlukan Di Sini” Baru Je Sampai Di Jakarta, Sekali Ini Yang Terjadi Pada B4by Shima

KEC4MAN dan Baby Shima cukup sinonim sehinggakan penyanyi dangdut itu sudah lali apabila ramai yang kurang senang dengan perkongsiannya di laman sosial.

Terbaharu, Shima kembali menjadi sasaran apabila dia diminta untuk tidak lagi kembali ke Malaysia selepas memuat naik video tiba di Jakarta bagi memenuhi tuntutan kerja di negara itu.

Membaca komen yang ditinggalkan, Shima memberitahu hanya mampu tergelak kerana baginya sokongan peminat adalah lebih penting.

shima 2

Shima sudah lali terima kec4man.

“Bukan sekali orang beri komen negatif. Apa lagi saya boleh buat? Apabila baca komen-komen tersebut, saya hanya tergelak.

“Mereka kec4m di media sosial, tetapi apabila saya hadir buat persembahan ramai juga yang mendekati dan ambil gambar.

“Undangan nyanyian di Malaysia pun masih banyak,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Shima tiba di Jakarta pada Jumaat bagi menyambung kembali kerja-kerja di negara itu yang tertangguh lebih dua tahun akibat p4ndemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Menerusi ruangan komen dalam video yang dimuat naik, Shima menerima pelbagai komen pedas yang meminta dia terus menetap di Indonesia.

“Harap-harap dia tak datang Malaysia dah.

Mereka kecam di media sosial, tetapi apabila saya hadir buat persembahan ramai juga yang mendekati dan ambil gambar

BABY SHIMA

PENYANYI

“Duduk diam-diam dekat sana. Jangan balik sini lagi. Aku merayu sangat.

“Baguslah tu. Jangan balik Malaysia,” komen netizen.

 

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya di sana, kata Shima dia bakal terlibat dengan beberapa program promosi selain perancangan untuk menyiapkan muzik video lagu baharunya yang sudah lama di siapkan.

shima 3

Dua tahun tertangguh, Shima kini mahu teruskan kerjaya di Indonesia.

Shima yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Nagaswara di Indonesia akan terus menerima undangan menyanyi di Malaysia dan sedia untuk berulang-alik demi tuntutan kerja.

“Dua tahun saya tidak ke Indonesia. Banyak kerja tertangguh yang perlu saya siapkan. Lagu baharu juga sudah lama dirakam namun belum sempat untuk lakukan penggambaran muzik video.

“Saya masih lagi menerima undangan menyanyi di Malaysia, jadi rasanya perjalanan seni kembali sebelum tempoh p4ndemik di mana saya akan berulang-alik untuk urusan kerja,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

 

Sumber/Kredit : Mstar/slumbermedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *