Viral

Dtg Jam 5 Pagi Nak Tgk Perbarisan, Sekali Trkedu Lihat Lautan Manusia. Rupanya Ada Jam 1 Pagi Dh Sampai

Luar biasa. Itu gambaran sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang diadakan di Dataran Merdeka di sini, hari ini, selepas dua tahun ia tidak disambut susulan pndemik C0VlD-l9.

Keunikan bukan saja dapat dilihat dalam acara perbarisan yang membawakan lebih 16,000 peserta dan lebih 200 aset, namun jumlah pengunjung yang hadir turut di luar jangkaan.

Kira-kira 100,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri lokasi sambutan yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menghadiri sambutan itu dengan menaiki kereta berkuda Diraja dari Menara DBKL ke Dataran Merdeka.

Turut dijangka hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa; barisan menteri Kabinet, pegawai kanan kerajaan serta pemimpin parti politik.

Kecewa tak dapat tengok perarakan

Namun di sebalik kehangatan sambutan Hari Kebangsaan 2022 pagi ini, ada yang kecewa kerana tidak dapat melihat kemeriahan sambutan dan perarakan secara dekat.

Tinjauan HarianMetro mendapati ribuan pengunjung terpaksa berdiri dan duduk di kaki lima sepanjang jalan-jalan menuju ke Dataran Merdeka selepas tidak dapat menghampiri lokasi sambutan yang sudah dipenuhi orang ramai.

Pengunjung dari Melaka, Mohamad Rashid Ahmad, 66, berkata, dia bersama isteri menginap di rumah anaknya di Bukit Jalil di sini, sebelum mereka sekeluarga bergerak ke Dataran Merdeka seawal 5 pagi.

Menurutnya, mereka meletakkan kenderaan di KL Sentral dan menaiki LRT menuju ke Masjid Jamek, namun apa yang mengejutkannya sebaik tiba dia melihat lautan manusia berjalan ke arah lokasi sambutan.

Ada yang dah sampai sejak 1 pagi

” Setiap tahun saya bersama anak akan pergi melihat perarakan sambutan Hari Kebangsaan tetapi sejak dua tahun lalu, kami tak dapat meraikannya kerana pndemik C0VlD-l9.

” Tahun ini, isteri saya ajak ke Kuala Lumpur untuk menyambutnya di Dataran Merdeka kerana tiada perarakan diadakan di Melaka.

” Walaupun isteri kurang sihat, dia tetap bersemangat untuk bersama anak dan cucu menyambut sambutan kemerdekaan negara ke-65.

” Malangnya, kami tak dapat nak tengok perbarisan kerana tak dapat masuk ke pentas berikutan sudah dipenuhi orang ramai.

” Tak sangka kali ini orang sangat ramai dan saya dapat tahu ada yang dah sampai di sini sejak 1 pagi,” kata Rashid ketika ditemui HarianMetro.

Meskipun kcewa, pesara tentera itu berkata, dia tetap berbangga melihat semangat rakyat Malaysia yang hadir untuk meraikan sambutan itu.

Bersesak naik MRT

Selain itu, Nor Hafiza Mohd Radzi, 41, juga mengakui sedikit kecewa kerana mereka sekeluarga tidak dapat melihat sambutan Hari Kebangsaan secara dekat.

Katanya, dia dan suami serta empat anak berusia antara setahun hingga 12 tahun tiba kira-kira jam 6 pagi dengan menaiki LRT dari Sungai Besi.

” Kami memang tak jangka orang akan ramai sebegini sehinggakan kami tak dapat berada pun di pentas penonton.

” Anak-anak memang kcewa kerana mereka dah bersemangat nak tengok perarakan. Kami memang tiap tahun datang sambutan ini dan selalunya dapat juga tengok tapi kali ini tak dapat,” katanya.

Berkongsi keterujaan sama, Mohd Hishamudin Abdullah, 25, berkata, walaupun kali pertama berkesempatan hadir ke sambutan Hari Kebangsaan, namun dia yakin kali ini sangat luar biasa.

Pekerja swasta itu berkata, dia bersama tunangnya menaiki MRT dari Kajang pada jam 7 pagi dan terkejut melihat orang ramai.

” Walaupun terpaksa bersesak dan berhimpit dengan ramai orang untuk melihat perarakan, tapi saya rasa berbaloi.

” Saya dapat rasa semangat patriotik apabila melihat acara perbarisan yang menjadi simbolik sambutan Hari Kebangsaan,” katanya.

Sumber:hmetr0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *