Viral

Warga emas yg Jatuh Tergolek Gara² Rakan Tarik Kerusi Sebelum Duduk, Akhirnya Telah Disahkan Tiada Kecederaan

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga! Begitulah situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki yang terjatuh ketika mahu duduk di kerusi untuk menikmati juadah di atas meja.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

pakcik jatuh kerusi 2

pakcik jatuh kerusi 3

Pakcik berkenaan baring terlentang di lantai.

Rata-rata mereka tidak menganggap tindakan itu sebagai sesuatu yang lucu, sebaliknya berasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa lelaki beruban berkenaan.

Malah, ada antara mereka berpendapat bahawa gurauan seumpama itu amat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan pada mangsa.

“Tak rasa kelakar pun, kasihan pakcik tu.

“Depan rezeki bro, member baru nak jamah makanan.

“Sebenarnya gurau macam ni bahaya, boleh patah tulang belakang.

“Boleh menyebabkan lumpuh.

“Gurauan yang sangat berbahaya,” demikian antara komen netizen.

Pada masa sama, mujur cawan dan mangkuk plastik yang digunakan serta tiada peralatan tajam seperti pisau, diletakkan di atas meja.

“Kalau kena makanan panas dan atas meja tu ada pinggan dan cawan kaca, naya kalau kena muka,” ujar netizen lain.

pakcik jatuh kerusi 4

Antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada dalam kalangan netizen menganggap bahawa insiden itu berlaku secara tidak sengaja dan bukannya prank seperti yang didakwa.

“Aku rasa dia bukan bergurau, Cuma dia tak perasan pakcik tu nak duduk.

“Aku rasa pakcik tu tak perasan kawan dia nak duduk sebab dia pun leka borak dengan kawan dia sambil tarik kerusi.

“Dia jatuh pun tak usha (tengok) lagi. Mahu sembang tak perasan,” antara komen netizen membuat andaian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Setakat ini, video yang baru dikongsi di aplikasi TikTok itu meraih lebih sejuta tontonan.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada ia berlaku disebabkan oleh gurauan melampau, kemalangan yang tidak disengajakan atau hanya lakonan semata-mata.

sumber:mstaronline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *