Viral

Anak Perempuan Najib Razak, Nooryana Najwa Beritahu Keadaan Ayahnya Di Penj4ra

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membiasakan diri dengan rutin baharunya di Penjara Kajang yang sama sekali berbeza dengan jadual terdahulu.

Perkembangan terkini itu dikongsikan anaknya, Nooryana Najwa menerusi aplikasi Instagram Story miliknya lewat malam tadi.

Menurut Nooryana Najwa, bapanya dalam keadaan sihat, malah, semangat perjuangan juga masih kuat walaupun selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Katanya lagi, semalam wakil daripada barisan peguam dapat berjumpa bapanya di penjara.

Keperluan asas daddy diberikan dan beliau sedang membiasakan diri dengan rutin baharu – berbeza dengan jadual harian ‘Bossku’ yang sentiasa padat.

“Terima kasih kami ucapkan kepada pegawai dan pengawal di Penjara Kajang kerana mengambil berat keadaan beliau. Kami sangat menghargai keprihatinan anda,” katanya.

Semalam, Nooryana Najwa memuat naik pesanan bapanya yang mahu mereka sekeluarga meneruskan perjuangan.

Katanya, dia sekeluarga di samping penyokong akan membuat yang terbaik bukan sekadar untuk Bossku tetapi juga untuk Barisan Nasional (BN), UMNO dan rakyat.

Menurut Nooryana Najwa, dia sekeluarga akan berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi bertemu bapanya yang terlibat dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber – UTUSAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *