Uncategorized

“Kau Tak Reti Bahasa Ke..”- Aliff Syukri Disekolahkan Brader ni. Sampai Bergetar Tangan Dia ‘Sound’

Penampilan usahawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman bersama penyanyi Baby Shima menerusi perkongsiannya di Instagram menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Beliau dikatakan bakal melancarkan lagu terbaru bergenre Dangdut berjudul Baby Sayang, hasil duet bersama Baby Shima pada 17 Ogos nanti.

Video ada di bawah sekali..

Meskipun lagu tersebut belum lagi diperdengarkan kepada para pengikut di akaun Instagramnya, dua selebriti itu teruk dikecam disebabkan aksi kurang manis yang ditonton orang ramai.

Teaser muzik video lagu itu yang dimuatnaikkan ke Instagram Aliff, menampilkan Shima yang hanya berseluar pendek berwarna hitam dan berstoking hingga ke paras paha sambil bergelek.

Berdasarkan reaksi yang membanjiri ruangan komen di Instagramnya, warga netizen kelihatan mengutuk penampilan kedua-dua selebriti itu yang dianggap tidak bermoral dan seolah-olah tidak menjaga sensitiviti masyarakat Muslim.

Bukan itu sahaja, ada segelintir warga netizen turut melabelkan Shima sama seperti pelakon lucah disebabkan oleh aksinya yang menggoyangkan punggung dalam muzik video tersebut.

Warga netizen menganggap Aliff seperti tidak serik menghasilkan kandungan yang dianggap mengaibkan.

Malah, sekitar awal tahun ini, Aliff pernah berjanji untuk tidak mahu lagi terjebak dengan gimik murahan demi meraih populariti.

Beliau berkata demikian kerana sesuai dengan peningkatan usianya.

Walau bagaimanapun, Aliff bertindak menutup ruangan komen selepas menyedari video berkenaan mendapat kecaman.

 

Baby Shima, Aliff Syukri perosak industri seni?

”Dislike’ dan ‘report’.” Itu kebanyakan komen yang memenuhi hantaran terbaharu penyanyi kontroversi Baby Shima di Instagram bagi mempromosikan video muzik lagu terbaharunya dengan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Baby Sayang.

Komen itu muncul ketika warganet dan peminat muzik tanah air mula berasa jelik dengan tindakan kedua individu itu yang dilihat seakan-akan tidak mengendahkan teguran daripada orang ramai termasuk golongan agamawan.

Sepanjang minggu ini, baik Baby Shima mahupun Aliff Syukri, mereka giat memuatnaik hantaran video berbentuk ‘teaser’ video muzik itu yang dilancarkan hari ini.

Malah, Aliff Syukri juga didakwa menggunakan pendekatan tidak lagi mahu aktif di media sosial sebagai satu agenda gimik mereka.

Buktinya, Aliff kembali muncul di Instagram dengan memuatnaik ‘teaser’ video muzik itu, semalam sekali gus mengundang kecaman warganet yang menganggap dia sekadar cakap tak serupa bikin.

Meninjau di ruangan komen IG Baby Shima, antara komen lain warganet adalah; “Perosak industri seni tanah air,” tulis @nfarizwafiy_”Tengah cuba cari di mana sedapnya atau dari sini pun tak menarik,” komen @cikpuannurul_ Pengguna @syafie.nassar pula komen, ‘Senang je boikot. Jgn tengok. Unfollow Report je terus.’

Kau Tak Reti Baha’sa Ke? Aliff Syukri Disekolahkan Brader Ni
Rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan Aliff syukri yang dilhat sengaja membuat kontroversi sehingga menerima pelbagai kecaman.

Dalam video ini, individu ini telah berikan nasihat dan teguran kepada Aliff syukri agar tidak melakukan perkara begitu. lihat video penuh dibawah..

Lihat video ini:

Nama usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri mengundang kecaman ramai selepas muncul dengan single baharu Baby Sayang duet bersama penyanyi kontroversi, Baby Shima.

Jutaan kata nista dilemparkan seorang pada dua selebriti berkenaan selepas aksi mereka dalam video klip tersebut dikatakan keterlaluan dan tidak bersesuaian dengan imej mereka sebagai orang Islam.

Malah, terdapat beberapa adegan dalam video tersebut turut dianggap lucah sehingga mendapat respons daripada ramai pihak termasuk golongan agamawan.

Masakan tidak, dalam video tersebut Shima muncul dengan berseluar pendek sendat sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati terhadap penampilannya.

Selepas dikecam, Aliff mengambil keputusan hilang dari radar dunia hiburan kerana mengalami depresi. Tetapi kehilangannya tidak lama, hanya beberapa hari! Kurang seminggu, tiba-tiba dia muncul semula dengan beberapa video seakan-akan memerli netizen dengan menari bersama kayu mop dan kipas.

Rasa tertipu dan gilakan perhatian. Begitulah antara kecaman yang dilemparkan netizen terhadap Aliff.

Memetik kata-katanya dalam satu siaran langsung Instagram baru-baru ini, dia tidak dapat menahan diri daripada terus menghiburkan orang ramai kerana memiliki suara yang sedap seperti penyanyi lain.

“Awak (netizen) maafkan saya. Suara saya terlalu sedap untuk disimpan dan perlu serlahkan bakat dimiliki demi peminat setia.

“Saya tahu ramai yang cemburu dengan bakat saya,” katanya yakin.

Meskipun dihambat kontroversi, video klip Baby Sayang menjadi lagu paling trending dalam YouTube sejak beberapa hari lalu.

Ini bukan kali pertama Aliff melakukan kegilaan sedemikian, namun peluang masih diberikan orang ramai kepadanya untuk terus memperbaiki kelemahan diri.

Bagaimanapun, semua itu seperti janji tinggal janji, cara sama masih dilakukan untuk meraih perhatian segera.

Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *