Viral

Ada Pihak Bagi Idea Ambil R0HlNGYA Kerja Sektor Perladangan. Sekali R0HlNGYA Cakap Tak Minat!

” Tak ramai warga Malaysia berminat bekerja dalam sektor 3D.”

Itu pandangan Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim yang memberi cadangan agar ratusan ribu pelarian etnik R0HlNGYA diserap sebagai tenaga kerja asing dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) khususnya perladangan.

Menurut Hishamuddin, langkah itu lebih menguntungkan negara buat masa ini berbanding membawa masuk pekerja asing baru dari luar negara selain menyifatkan etnik itu adalah sumber manusia sedia ada yang perlu dimanfaatkan.

Hishamuddin berkata, ia adalah pilihan lebih baik daripada sumber manusia membabitkan etnik R0HlNGYA itu menjadi pembaziran seterusnya menjadi beban kerana tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada negara.

” Keutamaan untuk bekerja di negara ini memanglah perlu diberikan kepada warga Malaysia. Malangnya tidak ramai warga Malaysia berminat bekerja dalam sektor 3D.

” Itu memang kita kena terima hakikat. Antara sebabnya kerana syarikat perladangan belum lagi optimum menggunakan sistem teknologi canggih dengan kepakaran tempatan.

” Masih banyak lagi menggunakan kaedah lama atau tradisional yang menyebabkan orang Malaysia tidak berminat bekerja dalam sektor itu.

” Kita tiada pilihan daripada kita mengambil atau membawa masuk buruh asing baru dari luar negara, ia akan menambahkan lagi jumlah warga asing di Malaysia sedangkan warga R0HlNGYA sedia ada di sini,” katanya.

Rupanya R0HlNGYA tak minat kerja ladang/ pedalaman

Dalam pada itu, program perintis membabitkan pelarian R0HlNGYA bekerja di sektor perladangan pernah dilaksanakan, tetapi gagal kerana etnik itu tidak berminat bekerja di pedalaman.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, pelbagai inisiatif sudah dilaksanakan termasuk menyediakan tempat tinggal percuma, kadar bayaran yang rendah bagi penggunaan bil elektrik dan air namun ia tidak mendapat sambutan.

Bagi mengatasi masalah itu, beliau berkata, pihaknya meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan pelarian R0HlNGYA bekerja di sektor formal.

Katanya, perkara itu sudah dibincangkan bersama wakil Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) dalam satu pertemuan yang diadakan baru-baru ini.

” Pertemuan itu membincangkan langkah dan strategi yang perlu diambil bagi meyakinkan kerajaan untuk membenarkan pelarian di Malaysia bekerja di sektor formal.

” Majikan bersedia memberi latihan semasa bekerja (OJT) sekiranya pelarian dibenarkan untuk diambil bekerja.

” Pada umumnya tiada sebarang yuran dikenakan kerana pekerja akan bekerja di samping diberi bimbingan untuk meningkatkan kemahiran mereka.

” Pada masa ini majikan lebih berminat memberi OJT kerana ia lebih efisien dan masa bekerja tidak hilang. Konsep latihan di bilik darjah dilihat tidak sesuai untuk mereka yang sudah dewasa,” katanya.

Mengulas lanjut, Syed Hussain berkata, terdapat negara yang menyumbang dana berjumlah kira-kira RM200 juta untuk membiayai latihan pelarian R0HlNGYA sebelum mereka diambil bekerja.

Justeru, kata beliau, MEF mencadangkan dana berkenaan digunakan untuk memberi insentif kepada majikan yang mengambil pelarian bekerja dan memberi OJT kepada mereka.

Katanya, latihan boleh dibuat secara OJT yang lebih bermanfaat dari segi kos dan impaknya, berbanding latihan konvensional yang menelan belanja tinggi serta tidak dapat memenuhi keperluan syarikat.

Katanya, latihan boleh diberikan kepada pelarian untuk bekerja di sektor pembuatan, pembinaan, perkhidmatan dan pelancongan yang secara umumnya sesuai kepada golongan itu.

” Apa yang penting adalah keputusan kerajaan mengenai pengambilan pelarian yang berada di Malaysia untuk bekerja.

” Terdapat kira-kira 184,000 pelarian di negara ini dan jika 60 peratus diambil bekerja sedikit sebanyak akan mengurangkan masalah kekurangan pekerja ketika ini,” katanya.

Sumber:hmetr0

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.