Viral

Sebelum Ini Lantang Bersuara Tapi Hari Ini Iffa Raziah Tampil Mohon Maaf. Rupanya Ini Sebab Kenapa Dia Buat Demikian.

Ekoran beberapa kontroversi yang dicetus Ifa Raziah baru-baru ini, selebriti versatil itu tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perbuatannya.

Pada siaran langsung program Terpaling Juara terbitan TV3, Ifa membuat kenyataan bahawa dia dengan ikhlas hati memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perbuatannya.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Ser Ser Ser itu juga berkata, dia dengan ikhlas hati memaafkan golongan yang bertubi-tubi memberi kecaman kepadanya susulan beberapa kontroversi lepas.

“Saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf, dan memaafkan juga kepada siapa yang mengata saya itu.

Kita manusia biasa, tak lari dari kesilapan… insyaAllah saya akan cuba perbaiki diri saya ini untuk menjadi lebih baik pada masa yang akan datang”

 

‘Kita kena move on’

Ketika ditemui Ohbulan!, Ifa mengakui bahawa cara dirinya ‘cari makan’ mungkin kurang disenangi ramai, namun tetap berharap agar orang ramai dapat menerima perkara tersebut.

“Itu asam garam dunia anak seni… memang saya cari makan dengan cara macam ini.

 

Saya menyanyi… itulah salah satu sumber pendapatan saya, saya mencari rezeki”

Dalam pada itu, pemilik nama Saripah Raziah Mustapha itu juga berharap agar orang ramai dapat melupakan kesilapan yang dia lakukan sebelum ini.

Kita kena move on… saya pun dah move on.

Ifa yang ditemui selepas siaran langsung Terpaling Juara itu juga sempat mengucapkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk membina namanya semula dalam industri seni melalui program tersebut.

Terpaling Juara ini merupakan satu permulaan bagi saya, untuk karier saya, dah 9 tahun saya tak masuk bertanding, ini saya ‘comeback’ untuk saya bina nama saya dalam industri ini

VIDEO:

Sumber : OH BULAN / F8Buzz

 

 

“Nanti ada polit4ik ag4ma ckp h4ram” – tunjuk satu video, Ifa Raziah bersyukur rezeki tak putus.

Masih belum surut lagi isu sensasi Ifa Raziah berkaitan video siaran langsung (Live) ketika sembahyang baru-baru ini dan juga kontroversi menari gelek dalam majlis aqiqah yang mengundang pelbagai reaksi orang ramai terutama dikalangan ahli agama tanah air.

Kini penyanyi, pelakon dan juga usahawan sensasi ini, memuatnaik satu perkongsian yang cukup menarik perhatian ramai warga maya di akaun Instagramnya.

“Ini Salah Satu Sumber Rezeki”

Menjengah di Instagram milik selebriti ini, umum sedia maklum Ifa mengumumkan dia berkolaborasi bersama Jovian Mandagie secara eksklusif dengan mengeluarkan produk korset yang dikenali sebagai Wonder Suit By Jovian di media sosialnya.

Baru ini, Ifa memuatnaik video yang memaparkan pelancaran produk terbaru tersebut di media sosialnya sambil menulis entri yang cukup mencuri perhatian ramai dan lensa Murai MY.

Ifa mendedahkan dalam coretan tersebut, di mana dia tidak perlu menari (gelek) dalam majlis pelancaran berkenaan walaupun dibayar beratus ribu ringgit dan dilantik sebagai duta.

“Ini contoh majlis perasmian produk Wonder Suit By Jovian yang tak perlu miss diva nak bergelek.. Walau dibayar ratusan ribu dan dilantik sebagai duta..” Coretnya

Menurut Ifa lagi, kolaborasi antara dia bersama usahawan dan pereka fesyen terkenal tanah air ini juga merupakan salah satu sumber rezeki buatnya.

Meski bersyukur dengan rezeki yang dimiliki datang tidak putus-putus, namun Ifa juga meluahkan rasa bimbang ada menganggap apa yang dilakukan adalah haram dan mengundang dosa besar.

“Ini pun salah satu punca rezeki miss diva.. Nanti ada polita*k agama cakap ini pun haram juga mengundang dosa besar !! Syukur alhamdulillah rezeki yang tak putus-putus, semuanya datang dari Allah s.w.t. Amin ya rabbal alamin.” Coretnya lagi

Netizen Titip Pesanan

Melihat muatnaik tersebut, ramai yang mengikuti selebriti jelita ini memberi komen dan pesanan agar mengabaikan teguran seperti itu dan menjadi diri sendiri.

“Kelas kau kak.. Rezeki mencurah-curah, pedulikan pada yang acah-acah alim yang kecam-kecam akak tu.. Yang penting jadi diri sendiri..”

“Politaik agama??” Komen mereka

“Haram sebab mereka tak disumbat wang!”

“Saya suka kenyataan awak bab agama tu. Kita tegur persendirian bukan menerusi media sosial, Tu namanya buka aib.” Komen mereka lagi

Pinggang Dipuji Langsing
Dalam pada itu, ramai juga warga maya yang memuji pinggang Ifa sangat langsing bak kerengga diruangan komen muat naik tersebut.

“Ziss, sangat kerengga…”

“Halusnya pinggang.” Puji mereka

“Kecilnya lah.. Nampak lebih muda 20 tahun.”

“Tu dia pinggang kerengga !!” Puji mereka lagi

Terdahulu Murai MY melaporkan tentang pendakwah terkenal menegur Ifa Raziah menari (gelek) dalam sebuah majlis aqiqah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

 

 

Sumber : Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah 👇🏻 untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *